Saturday, August 21, 2010

2 telinga 1 mulut

sejak bila anda mula bicara?
mula berkata
mula bersuara

dari 1 sampai 5 tahun aku tak ingat apa-apa
umor 6 tahun aku masuk tadika
masih belum berlaku apa-apa
hinggalah aku ke darjah satu

cikgu BI mai ganti kelas
kompom dia pon tatau nak wat apa
dia mencabar semua agar bercerita
tak lupa dinyatakan dia wanita
sekelas tercengang ternganga
siapa berani bercerita
aku angkat tangan beria
kerna hadiah cikgu nk cerita ....cerita kelaka
haish aku nak ceta apa tada idea
dah sampai depan sekali lagi nganga
tengok belakang kelaih alat bantu mengajar ada
poster gambar kanak kanak maen lelayang
yeah
maka itu cerita ku yang pertama
dihadapan khalayak
dan hadiahnya dapat dengar ceta ibu ayam dan anaknya berkentut
hua hua huahu

darjah dua kami diminta mencari keratan muka pak menteri
dan aku  letak Ghafar Baba sebagai timbalan
walhal anwar dah menang tanpa bertanding
aku ditampar di bahu atas indoktrinasi awalan

darjah tiga barangkali
aku dipanggil kedepan lagi
cerita rusa yang bangga lalu tanduk tersangkut
dan kura-kura membawa tupai menyeberang sungai
ada satu kes
aku tak bayar buku latihan tambahan
ramai tak bayar dipanggil ke depan
kenapa tak nak bayar?
dan aku kata "nak buat apa bayar saya ta nak buku nih"
dalam pala otak aku terbayang dah cukup buku teks kerajaan(tu pon tak terlarat buat)adakah pengajaran cikgu tak cukup bagus perlu buku tambahan.macamana orang len yang jauh lebih miskin dari aku.

untuk pengetahuan anda Pekan Langgar adalah kawasan petani/masyarakat kelas pertengahan bawahan dan kelas rendah pelbagai peringkat.
ketika ini aku berumur 9 tahun dan itu adalah tahun 1994.
mungkin sebab tu aku tak jadi pengawas.
dimana undivided obedience & loyalties diperlukan untuk mengawal miscreant macam aku
darjah 4 aku ingat bercerita depan kelas satu cerita dari majalah ujang.
dimana ianya tidak kelakar sama sekali.
bodong punya majalah memalukan aku.
tahun ini dimana matematik aku dapat 66 dan karangan BM 24 sebab tulih lam bahasa inggeris.
aku tak dapat buat pecahan bercampur kerana tak dapat bayang pecahan pai bercampur-campur.
perisa strawberi ka perisa epal?
ingggeris ku sangat ampuh dimana aku menjadi kamus bagi rakan-rakan.
apa saja ditanya pasti tahu perkataannya lam inggeris.
pendidikan islam lagilah fail.
apa tu tajwid?
bacaan ku tunggang langgang laju nak mampos
apa tu niat solat?
aku dah umo10 tolong sapa-sapa tolong rotan sebelum aku jadi resaksa?
aku mula mereka cerita
cerita hantu
cerita fantasi
imiginasi dari Juara Wira,Alam Perwira,Mutiara naga,Misteri Naga,Doreamon dan Dik Cerdas Crayon Shin Chan.
cikgu selalu rajin tak masuk kelas.
kami berkumpul dalam bulatan dan kami bercerita.
aku sebelas dan masih bukan pengawas
.pengawas yang sekelas pon bukan baik sangat
lagi lucah dan ekstravaganza.
satu ketika aku duduk bercerita di atas kerusi seorang pengawas girl.
dia suh aku bangun aku tamao.
aku kata "kalo berani duduk la"
ternyata dia memang berani.
sebaik saja ponggongnya dilabuh.
0.3 saat aku berasa satu sensasi di bahagian bawah pinggang ku.
dan aku pulak jenis tak suka pakai sependa.
0.5 saat waktu itu perjalanan darah amat lancar dan.....
sebelom jadi cerita 18 sx
1.0 saat seterusnya aku rasa sensasi ini adalah padah
dan sepantas kijang aku melompat dari kerusi.
sesuatu menjadi lembik sepantas ia mengeras.
sebelum aku jadi siluman.sila rotan segera.
ternyata tiada yang hinggap maka aku up satu level ke arah kejahatan.
12 tahun
UPSR
exam adalah satu masa yang intense
kenapa aku tak berapa nak ingat exam-exam dulu
suppressed memory?
4A 1B
penulisan BM
haishh.....
5A tak ramai mungkin berpuluh satu malaysia beribu
4A mungkin berpuluh ribu
mungkin ramai tak sedar yang lansung tak dapat A
yang lansung tak dapat pergi kerja
adalah lebih ramai
perlu statistik?
nanti bila aku ada access dengan jabatan statistik aku announce.
aku tak perlu angka untuk yakinkan diri.
mereka yang keciciran sekolah akan jadi penjahat maha gelap.
10 tahun dari sekarang.
perompak perogol perasuah penculik kanak-kanak
aku banyak wakil sekolah
antara yang aku ingat pertandingan kesedaran anti dadah.
kuiz bahasa melayu.
bengang gila tak dapat wakil tuk sains.
budak len mana banyak membaca.
depa tau apa.
public speaking english pon aku join.
im quite confident in my english proficiency.
tapi coach macam haram men push cam bopren yang tak puas ati ngan loyalty awek dia.
shut the hell up and watch me talking.
last kali dapat wakil tuk perhimpinan kanak-kanak riang kat KL.
bila balik cikgu pangei ramai-ramai ke depan cerita pengalaman.
aku tak dapat buat sebab berkongsi pentas dengan ramai orang.
i wanted the stage for my self.
















12 year of my life I learn to lie.
I learn about my masculinity.
im not quite alive.

No comments: