Tajuk geran tanah berbeza mengikut jenis pegangan hakmilik tanah.
Berikut adalah jenis-jenjis hakmilik yang biasa kita temui:
1. Geran (geran negeri)
2. Geran mukim
3. Pajakan (pajakan negeri)
4. Pajakan mukim
5. Hak milik sementara
Untuk geran & geran mukim, tanah sebegini adalah tanah yang diberi milik selama-lamya. Maksudnya tuan tanah mempunyai pegangan hakmilik ke atas tanah ini buat selama-lamanya. Dalam istilah lain yang biasa pemaju guna adalah ‘freehold’.
Manakala untuk pajakan & pajakan mukim, tanah tersebut merupakan hakmilik kerajaan negeri, akan tetapi diberi pajak kepada ‘pemilik’ yang berdaftar untuk tempoh masa tertentu. Sekiranya tempoh tersebut tamat dan tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan, maka tanah tersebut secara automatiknya akan menjadi hakmilik kerajaan negeri. Istilah yang biasa digunakan oleh pemaju adalah ‘leasehold’.
Apa pula beza antara geran dan geran mukim? Apa beza antara pajakan dan pajakan mukim? Untuk geran & pajakan, hakmilik ini didaftar di pejabat pendaftar (di pejabat tanah dan galian – PTG), manakala geran mukim dan pajakan mukim, hakmilik ini didaftar oleh pentadbir tanah (di pejabat tanah jajahan @ daerah).
Bagaimana pula dengan hakmilik sementara?
Hakmilik sementara ni adalah hakmilik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah sebelum kerja-kerja pengukuran dilakukan ke atas tanah tersebut. Mudah kata, batu penanda belum tanam lagi, tapi geran sudah ada. Ukuran hanya dalam sistem dan atas kertas sahaja. Apabila siap tanam batu, maka hakmilik tetap (geran, geran mukim, pajakan, pajakan mukim) akan dikeluarkan. Biasanya tiada perubahan ukuran antara hak milik sementara dan hakmilik tetap. No lot bagi hakmilik sementara akan ditulis dgn PT, manakala untuk hakmilik tetap ditulis sebagai LOT.
Semoga bermanfaat 🙏🏻🙏🏻
* Copy paste Safwan Salleh
No comments:
Post a Comment