Thursday, October 24, 2024

PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH

 PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH


MAKLUMAT AM


Apa Itu Tukar Syarat Tanah


Mengenakan / mengubah jenis kegunaan tanah, mengenakan / meminda syarat nyata /sekatan kepentingan dengan mengenakan yang baru untuk membolehkan tanah tersebut dimajukan bagi maksud lain daripada kategori asal.


Jenis-Jenis Tukar Syarat Tanah


Mengena / mengubah jenis kegunaan tanah dan mengena / meminda syarat nyata tanah di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), Kanun Tanah Negara.

Secara serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124A, Kanun Tanah Negara.

Serah dan berimilik semula di bawah seksyen 204D, Kanun Tanah Negara.

Serah di bawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan berimilik di bawah seksyen 76, Kanun Tanah Negara.

Bagaimana Untuk Memohon


Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.

Dipohon oleh pemilik tanah sendiri.


PROSEDUR


Cara Membuat Permohonan


- Mengisi 2 salinan borang 44C(Jadual XVI) - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), atau

- Mengisi 3 salinan borang 7D - permohonan di bawah seksyen 124A, atau

- Mengisi 3 salinan borang 12D - permohonan di bawah seksyen 204D, atau

- Mengisi 3 salinan borang 12A dan 2 salinan borang jadual 1 - permohonan di bawah seksyen 197 dan 76.

- Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;

- Permohonan hendaklah disertakan:

7 salinan pelan tatatur dan pelan pra hitungan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76. (Tanah-tanah yang termasuk di dalan kawasan Simpanan melayu - pelan tersebut tidak perlu disahkan oleh Jururancang Bandar Bersekutu); atau

15 salinan pelan yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bersekutu - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c);

1 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76; atau

3 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c) (Tambah 1 salinan lagi jika untuk tujuan industri)

Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang Jadual 4C - RM50.00 bagi satu hakmilik).

Resit bayaran cukai tanah tahun semasa;

1 salinan hakmilik tanah

Surat persetujuan bertulis daripada pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah sama ada pemegang gadaian, kaveat atau tuntutan faedah di bawah mana-mana undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.

Permohonan oleh syarikat, hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut;

1 salinan Buku Undang-Undang Tubuh syarikat (Memorandum And Articles Of Association)

1 salinan terkini Ahli Lembaga Pengarah Syarikat - Borang 49.

1 salinan terkini Pemegang Saham Syarikat - Borang 24


BAYARAN


Bayaran Yang Dikenakan


Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara bagi satu hakmilik ialah:

a) Kurang daripada 1 hektar RM 50.00

b) Melebihi daripada 1 hektar hingga 10 hektar RM 100.00

c) Melebihi 10 hektar


- 10 hektar pertama


- tambahan setiap 1 hektar / bahagian berikutnya 


RM 100.00


RM 10.00


Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara bagi setiap hakmilik ialah:

a) Kurang daripada 10 hektar RM 100.00

b) 10 hektar hingga 50 hektar RM 300.00

c) Melebihi 50 hektar RM 500.00


Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara bagi setiap hakmilik ialah RM 150.00;

Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 197 dan 76, Kanun Tanah Negara bari setiap hakmili ialah:

Untuk Bangunan :

a) Kurang daripada 1 hektar RM 50.00

b) 1 hektar hingga 10 hektar RM 100.00



Melebihi 10 hektar RM 200.00

Untuk Syarikat :

a) Kurang daripada 1 hektar RM 100.00

b) 1 hektar hingga 10 hektar RM 200.00

c) Melebihi 10 hektar RM 300.00


Premium Tambahan Dikenakan


Daripada "Pertanian" kepada kegunaan berikut :-

Bangunan Kediaman - 15% daripada nilaian tanah semasa

Industri - 20% daripada nilaian tanah semasa

Bangunan Perniagaan - 30% daripada nilaian tanah semasa

Daripada "Bangunan kediaman" kepada kegunaan berikut:-

Industri - 10% daripada nilaian tanah semasa

Perniagaan - 10% daripada nilaian tanah semasa

Daripada "Industri" kepada kegunaan berikut:-

Bangunan Perniagaan - 10% daripada nilaian tanah semasa

Daripada bangunan perniagaan kepada kegunaan berikut :-

Industri - RM 1,000 namaan selot

Kediaman - RM 1,000 namaan selot

Tanah Simpanan Melayu - 1/2 daripada kadar yang dikenakan.

KUASA MELULUS

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

Pengarah Tanah dan Galian Selangor - bagi Tanah Simpanan Melayu


Sumber:


Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor

No comments: