4 Cara Guna Akaun 2 KWSP Untuk Beli Rumah!
Bila ada rancangan nak beli rumah, kemampuan tu boleh jadi satu batu penghalang yang besar untuk anda memiliki rumah kat Malaysia ni.
Pinjaman bank tu kira macam wajib untuk diambil (lagi-lagi kalau dah tak ada duit yang banyak kan), tapi ada lagi satu sumber simpanan yang anda boleh korek sebagai wargenegara atau penduduk tetap kat Malaysia!
Apakah itu? Anda boleh keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF)! Terus rasa macam untungnya selama kerja ni carum duit KWSP kan?
Kalau rasa nak keluarkan duit KWSP tapi tak tahu macam mana caranya… kami akan jelaskan semuanya supaya anda boleh gunakan simpanan KWSP untuk biayai rumah dan bayar pinjaman rumah!
Duit KWSP yang ada tu dibahagi pada dua akaun. Akaun 1 untuk masa bila anda bersara, tapi kalau nak guna untuk biayai rumah boleh la guna dari Akaun 2.
Duit dalam Akaun 2 tu boleh dikeluarkan untuk sebab tertentu, macam kat bawah ni:
Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.
No comments:
Post a Comment