Monday, July 4, 2022

info hartanah malaysia

 RPGT? 

CKHT??

BENDA SAMA KE LAIN TU?

WAJIB DIBAYAR KE??


⚫Banyak kali sangat dah kita dengar RPGT dan CKHT dalam urusan hartanah, tapi apakah maksud dan bagaimana kiraannya?


🔴Sempena permulaan tahun baru 2022, ayuh kita kukuhkan pemahaman asas. Tambahan lagi, pengecualian CKHT/RPGT pun dah tamat pada 31 Disember 2021, maka bagi yang sudah arif, mungkin boleh dijadikan sebagai ‘refresher’. Perkongsian ringkas sahaja hari ini.


CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) / REAL PROPERTY GAINS TAX (RPGT) – PENGERTIAN.

👉⚫CKHT dan RPGT sebenarnya adalah dua benda yang sama, Cuma satu dalam Bahasa Inggeris, satu dalam Bahasa Malaysia. Untuk tujuan sharing hari ini, kita gunakan CKHT. 


Secara ringkas, maksud CKHT adalah cukai yang dikenakan atas KEUNTUNGAN BERSIH yang diperoleh oleh penjual rumah. 


KEUNTUNGAN BERSIH YANG DIKENAKAN CKHT.

👉🔴Keuntungan yang dimaksudkan di sini adalah keuntungan diperoleh menjual hartanah iaitu perbezaan harga asal rumah semasa dibeli, dan semasa dijual. Contoh, rumah dibeli 2018 harga RM300k, dijual pada tahun ini 2022 RM400k, keuntungan RM100k itulah yang dikenakan CKHT. 


PENOLAKAN KOS-KOS LAIN SEBELUM DIKIRA CKHT

👉⚫Penting diketahui, terdapat kos-kos lain yang boleh ditolak sebelum keuntungan RM100k yang dapat tadi dikenakan CKHT. Antara kosnya adalah seperti:- kos guaman, yuran ejen hartanah, yuran juruukur, dan lain-lain (boleh tanya pada peguam/ejen hartanah anda).


Selepas tolak kesemua kos-kos ini, maka dapat lah jumlah yang boleh dikenakan CKHT terhadap penjual rumah. Jumlah ini dikenali juga sebagai “Chargeable Gain”.


INFO TAMBAHAN

🟢Hartanah yang dijual dari 6 tahun dan ke atas, diberikan pengecualian (berdasarkan bajet 2022);

🟢Rumah kos rendah bawah RM200k dikecualikan CKHT;

🟢Pengecualian 10% atau RM10k, mana lebih tinggi boleh diperoleh;

🟢Urusan pindahmilik juga dikenakan CKHT namun pindahmilik antara keluarga boleh dapatkan pengecualian.


👉Kesimpulannya, sesiapa yang pernah memiliki rumah, atau ingin memiliki rumah, pasti pernah mendengar tentang CKHT/RPGT. Jadi ada eloknya kita fahami untuk kemudahan kita. Untuk pengetahuan lengkap CKHT, boleh dapatkan bantuan peguam atau ejen hartanah anda.


𝒀𝑶𝑼 𝑪𝑨𝑵 𝑫𝑶 𝑰𝑻


#AL-AQARAT

#theroofrealtyalaqarat

#theroofrealtysdnbhd

#infinityrealty

#GARACADEMY

#GAR

#TRRA

No comments: