Thursday, April 7, 2022

FORMULA PENGIRAAN BAYARAN PREMIUM UNTUK MENYAMBUNG TEMPOH PAJAKAN BAGI HARTANAH LEASEHOLD

 hartanah anda adalah leasehold(pajakan)?

ketahui bagimana mengira premium perlu dibayar.

FORMULA PENGIRAAN BAYARAN PREMIUM UNTUK MENYAMBUNG TEMPOH PAJAKAN BAGI HARTANAH LEASEHOLD
.
Anda risau sebab tempoh PAJAKAN untuk rumah LEASEHOLD yang anda diami sekarang dah hampir tamat?
.
Ingin mengetahui berapakah anggaran bayaran premium yang perlu anda bayar kepada pihak berkuasa negeri?
.
Jom kita tengok FORMULA pengiraan yang digunakan untuk mengira kos bayaran PREMIUM yang mungkin digunakan oleh pihak berkuasa negeri..
.
PERINGATAN: Formula ini mungkin berbeza dengan apa yang digunakan oleh pihak berkuasa negeri di tempat anda kerana ia TERTAKLUK kepada pihak berkuasa negeri masing-masing.
.
FORMULA nya begini:
.
PREMIUM = 0.25% x 0.01 x Nilai Pasaran tanah (dalam kaki persegi) x Bilangan tahun untuk diperbaharui x Keluasan tanah (dalam kaki persegi)
.
Sebagai contoh katalah keluasan tanah rumah anda yang terletak di Petaling Jaya, Selangor adalah 3000 kaki persegi, dengan berbaki pajakan hanya 10 tahun lagi (maksimum tempoh pajakan adalah 99 tahun). Anda dah check Nilai Semasa rumah tersebut dan mengandaikan ia bernilai RM120 satu kaki persegi oleh Pihak Berkuasa Negeri.
.
Oleh yang demikian, Bayaran Pembaharuan Pajakan yang mungkin boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah:
.
.
0.25 x 0.01 x RM120 (nilai anggaran sekaki persegi) x 89 (tahun yang ingin disambung) x 3000kps (luas tanah tersebut)
= RM80,100
.
Jadi, anda perlu membayar RM80,100 kepada pihak berkuasa negeri untuk memperbaharui tempoh pajakan tanah tersebut sehingga maksimum 99 tahun jika ianya berbaki 10 tahun lagi untuk tamat.
.
Sekarang anda dah tahu?
.
Apa kata anda kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka juga boleh mendapat sesuatu daripadanya.
.

.
#HARTANAHDANANDA #HARTANAH #LEASEHOLD #PAJAKAN #SAMBUNGAN #PREMIUM #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH

No comments: