Monday, January 26, 2009

loveydovey.jpg

loveydovey2.jpg

loveydovey3.jpg


loveydovey4.jpg

Scan10098.jpg
Scan10095.jpg
Scan10101.jpg

20070421-Son-in-Law_Ijok.jpg

20070421-464782563_38e5ef645f.jpg

20070421-464774994_7e5ae5ea9d.jpg

20070421-464773742_b9d0837ce8.jpg
20070420-ijokhishamkhairy.jpg

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lagu-lagu ini telah dikumpulkan untuk

didedikasikan untuk kaum
ibu dan bapa.

Moga kita tetap mengekalkan warisan lagu

kanak-kanak yg
telah didodoikan dan

dinyanyikan sejak turun-temurun.

Lagu-lagu ini terbahagi kepada 2 kategori

iaitu lagu dodoi si
manja untuk menidurkan

anak dan juga lagu kanak-kanak yg sering

digunakan untuk permainan dan merangsang

tumbesaran anak.










Tidurlah Intan






Tidurlah Intan

Tidurlah sayang

Anak emak kecil

Kecil emak timang



Timang tinggi-tinggi

Sampai cucur atap

Belum tumbuh

Dah pandai baca kitab



Tidurlah Intan

Tidurlah sayang

Anak emak kecil

Kecil emak timang



Alahai sayang!










Tidurlah Adik



Hendak gugur, gugurlah nangka

Jangan ditimpa dahan pauh

Hendak tidur, tidurlah mata

Jangan dikenang ibu yang jauh



Tidurlah intan, tidurlah sayang

Dudu di dudu, dudu di dudu



Buah pepaya lebat di batang

Tumbuhnya dekat pohon ramunia

Ibu bekerja pagi dan petang

Sekejap lagi pulanglah dia



Tidurlah intan, tidurlah sayang

Dudu di dudu, dudu di dudu



Elok rupanya kumbang jati

Dibawa itik pulang petang

Tidak terkata besar hati

Melihat ibu sudah petang



Tidurlah intan, tidurlah sayang

Dudu di dudu, dudu di dudu









Harapan



Berapa tinggi pucuk pinang

Tinggilah lagi pucuk meranti

Berapa tinggi si Gunung Ledang

Tinggilah lagi harapan hati



Asamlah Jawa pokok di hutan

Di bawa orang tanam di desa

Adalah nyawa ada harapan

Tidaklah mahu berputus asa







Anak Itik Tok Wi



Anak itik Tok Wi

Mandi dalam kolam

Sakit apa Tok Wi

Sakit sendi tulang



Ubat apa Tok Wi

Ubat limau lelah

Sakit apa Tok Wi

Sakit sengal tulang






Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau,

kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,

ikan tak mahu timbul.

ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,

kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,

rumput panjang sangat.

rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,

kenapa engkau panjang?

Macam-mana aku tak panjang,

kerbau tak makan aku.

kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,

kenapa tak makan rumput?

Macam-mana aku nak makan,

perut aku sakit.

perut aku sakit.

Perut oh perut,

kenapa engkau sakit?

Macam-mana aku tak sakit,

makan nasi mentah.

makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,

kenapa engkau mentah?

Macam-mana aku tak mentah,

api tak mahu menyala.

api tak mahu menyala.


Api oh api,

kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam-mana aku nak menyala,

kayu api basah.

kayu api basah.

Kayu oh kayu,

kenapa engkau basah?

Macam-mana aku tak basah,

hujan timpa aku.

hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,

kenapa timpa kayu?

Macam-mana aku tak timpa,

katak panggil aku.

katak panggil aku.

Katak oh katak,

kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,

ular nak makan aku.

ular nak makan aku.

Ular oh ular,

kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,

memang makanan aku

memang makanan aku......







Ikan Kekek



Ikan kekek mak ilui-ilui

Ikan gelama mak ilai-ilai

Nanti adik mak ilui-ilui

Pulang sama mak ilai-ilai



Tenang-tenang air di laut

Sampan golek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut tersebut

Budi yang baik rasa dijunjung



Ikan kekek mak ilui-ilui

Ikan gelama mak ilai-ilai

Nanti adik mak ilui-ilui

Pulang sama mak ilai-ilai







Pok Amai-Amai



Pok amai-amai

Belalang kupu-kupu

Tepuk biar pandai

Emak upah susu



Susu lemak manis

Santan kelapa muda

Adik jangan menangis

Emak ada kerja








Burung Kenek-kenek



Burung kenek-kenek

Terbang cucur atap

Pesan datuk nenek

Hati kita mahu tetap



Burung kenek-kenek

Terbang atas pagar

Pesan datuk nenek

Rajin-rajin pergi belajar



Burung kenek-kenek

Terbang pokok pandan

Pesan datuk nenek

Rajin-rajin jaga badan



Burung kenek-kenek

Terbang tepi telaga

Pesan datuk nenek

Budi bahasa budaya kita










Rasa Sayang



Rasa sayang, eh...

Rasa sayang sayang eh...

Hey, lihat nona jauh,

Rasa sayang sayang eh...

(Ulang)



Buah Cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan

Saya budak baru belajar

Kalau salah tolong tunjukkan



Rasa sayang, eh...

Rasa sayang sayang eh...

Hey, lihat nona jauh,

Rasa sayang sayang eh...

(Ulang)



(Ulang dengan pantun)








Katak Lompat



Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.



Kalau adik malas lagi,

Malas bangun pagi,

La la la la la la la la,

La la la la la la la la,

Nanti adik rugi.



Lompat si katak lompat,

Lompatlah tinggi-tinggi,

Cepatlah adik cepat,

Cepat bangun pagi-pagi.








Lenggang Kangkung



Lenggang-lenggang kangkung,

Kangkung tepi telaga

Jangan bercakap bohong,

Semua orang tak suka,



Lenggang-lenggang kangkung,

Kangkung berbatas-batas,

Kalau orang sombong,

Tentu mendapat balas.









Burung Kakak Tua



Burung kakak tua,

Hinggap di jendela.

Nenek suadah tua,

Giginya tinggal dua.



Letrum, letrum, letrum ooh la la,

Letrum, letrum, letrum ooh la la,

Letrum, letrum, letrum ooh la la,

Burung kakak tua.




Timang Tinggi-tinggi

Timang tinggi-tinggi

Sampai cucur atap,

Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab








Bintang Kecil



Bintang kecil,

Dilangit yang biru

Amat indah,

Menghias angkasa

Aku ingin, terbang dan menari

Jauh tinggi

Ke tempat kau berada











Jan Janjala



Jan janjala jala itik jala ayam

Berapa lubang kancil

Seratus lima puluh

Panggil nenek moyang

Makan sirih kuning merah




Cekur Dan Gamit

Cekur dan gamit

Tanam cekur gali kunyit

Nasi atas dapur habis hangit

Adik cekur abang gamit

Nota: Sambil menyanyi, ibu
ajar anak supaya genggam dan buka tangannya.






Layang-Layang



Ku ambil buluh sebatang

Ku potong sama panjang

Kuraut dan kutimbang dengan benang

Ku jadikan layang-layang



Bermain berlari

Bermain layang-layang

Berlari kubawa ke tanah lapang

Hatiku riang dan senang




Kucing Dan Tikus



Badan tikus kecil kucing tunjuk garang

Tikus takut kucing lari masuk lubang

Tikus diam-diam intai dari lubang

Kucing terus geram gigit misai panjang




Intan Oh Intan

Tok tok noyang

Mayang jambu

Nak buat apa pisau

Nak tetak bemban

Nak buat apa benbam

Nak jolok bulan

Nak buat apa bulan

Nak beri pada Intan

Intan tak hendak beri Awang

Awang tak hendak beri Dayang

Dayang tak hendak

Pulang balik pada Intan

Intan Oh Intan

Rumah Intan nak roboh

Keritik, keritik,

Keredum dum dum!

Nota: Ibu boleh berlakon
seperti rumah nak runtuh






Ram Ram Pisang

Ram Ram pisang

Pisang masak layu

Jatuh dalam lubang

Disambar ikan yu

Rak Rak Rum!!

Embut embut nyior

Belalang qedek-qedek

Siapa buat bising

Dia kena cubit!




Kawan

Ada seorang kawan

Namanya Ahmad

Dia berkawan baik dengan si Ah Meng

Dia juga berkawan namanya Raju

Kami berkawan baik sama sedarjah

Bermain belajar bersama sama

Hey hey hey tiga sekawan




Pergi Ke Ladang

Ayam berkokok hari nak siang

Ambillah cangkul pergi ke ladang

Sampai di ladang mencangkul lalang

Untuk ditanam tebu dan pisang

Ubi keladi terung dan kacang

Dapat hasilnya saya boleh makan..




Aku Budak Cantik

Rumah terbakar panggil bomba

Bomba datang berlumba-lumba

A= aku.. B= budak... C= cantik

Aku Budak Cantik....




Anak Beruang

Bulat kecil bulat kecil

Bulatlah besar

Sayang mama

Sayang papa

Sayang semua...

Enam kali enam kali

Tiga puluh enam

Enam kali enam kali

Anak beruang!

Nota: Lagu ini dinyanyikan
pada si anak dengan melukis anak beruang pada sehelai kertas.

Versi Kedua: Adik Manja


Hujan rintik-rintik (Lukis rambut)

Ombak bergelora (Rambut kerinting)

Adik pergi sekolah (Lukis muka)

Emak bagi sepuluh sen (Lukis mata kiri)

Ayah bagi sepuluh sen (Lukis mata kanan)

Tiga tambah tiga (Telinga kiri dan kanan)

Adik jawab enam (Lukis hidung)

cikgu kata betol (Lukis mulut)

Adik pun pulang (Lukis rambut lagi)






Suriram




Suriram, suriram ram ram

Suriram manisku

Aduhai anakku sayang

Suriram jantung hatiku



Tinggilah tinggi si matahari

Suriram

Anaklah kerbau mati tertambat

Suriram

Sudahlah lama ibu mencari, sayang

Baru sekarang ibu mendapat



Suriram, suriram ram ram

Suriram manisku

Aduhai anakku sayang

Suriram jantung hatiku







O Bulan!



O Bulan

Di mana bintang?

Sudah terlindung di kayu ara



O Sayang

Di mana Bujang?

Sudah jadi orang perkasa!








Manja



Sampan kecil membawa lada

Datangnya dari Pulau Batu

Budak kecil biasa manja

Ibu dahulu juga begitu



Rumah kecil tiang seribu

Rumah besar tiang sebatang

Kecil-kecil ditimang ibu

Sudah besar ditimang gelombang



Layang-layang terbang melayang

Jatuh ke laut disambar jerung

Siapa kata emak tak sayang

Kalau bunga rasa nak kendung



Tidurlah sayang, anak emak sayang










Timangan Untung



Kelip-kelip di kayu ara

Terbang bersinar ke sana ke mari

Kecil-kecil ibu pelihara

Sudah besar nasib sendiri



Akar kecil si ribu-ribu

Akar besar gantung bergantung

Masa kecil timangan ibu

Sudah besar timangan untung



Tidurlah sayang, alahai sayang!




Labah-Labah

Satu labah-labah

Cuba panjat perigi

Bila hujan turun

Labah cepat lari

Terbit matahari

Hujan tiada lagi

Labah-labah panjat sekali lagi

Nota: Sambil menyanyi
jari ibu merayap di badan anak seperti seekor labah-labah.








Lagu Tiga Kupang




Lagu tiga kupang

Saku penuh padi

Enam ekor burung

Masuk dalam kuali



Bila sudah masak

Burung nyanyi saja

Tentu sedap makan

Beri pada raja



(Korus )

Raja dalam rumah

Buat kira-kira

Suri dalam rumah

Makan roti gula hey...



Dayang tepi kolam

Mahu jemur tepung

Datang burung hitam

Patuk batang hidung










Can Mali Can



Di mana dia anak kambing saya

Anak kambing saya ada di tepi bendang

Di mana dia Si Bujang ibu

Si Bujang ibu yang berjalan lenggang



Can mali can

Can mali can

Can mali can

Ketipung payung (x2)



Di mana dia anak kambing saya

Anak kambing saya ada di tepi sawah

Di mana dia Si Bujang ibu

Si Bujang ibu yang pakai baju merah



Can mali can

Can mali can

Can mali can

Ketipung payung (x2)








Enjit-enjit Semut



Enjit-enjit semut,

Siapa sakit naik atas,

Enjit-enjit semut,

Siapa sakit naik atas...

(Ulang)



Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.



Enjit-enjit semut,

Siapa sakit naik atas,

Enjit-enjit semut,

Siapa sakit naik atas...

(Ulang)



(Ulang dengan pantun)

Nota: Ibu boleh gunakan jari
merayap di tangan anak sebagai imaginasi seekor semut
berjalan.








Tanya Sama Pokok

Tanya sama pokok

Apa sebab goyang

Nanti jawab pokok

Angin yang goncang

Tanya sama angin

Apa sebab hujan

Nanti jawab angin

Tanyalah awan

Awan nanti kata

Aku tanggung air

Sampai tempat sejuk

Aku pun cair

Tengok dalam air

Nampak bayang-bayang

Campak satu batu

Bayang pun hilang








Bapaku Pulang Dari Kota



Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Boleh kubawa ke sekolah



Pon pon pon pon pon pon pon pon pon

Kereta kecil ku berbunyi

Marilah adik mari naik

Boleh kubawa ke rumah nenek








Air Pasang



Air pasang dalam

Surut pukul lima

Nyonya bangun pagi

Siram pokok bunga



Pokok bunga melur

Tanam tepi kolam

Itik bertelur

Ayam mengeram

Cik Baba jatuh
dalam parit

Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur

Nampak adik comel tersepit bawah dapur






Ola Oli

Ola oli kuberi nama saudara saudari

Cikkebung....cikebung

Putih-putih melati Ali Baba

Merah-merah jelita miow miow

Siapa yang baik hati..Cinderella

Nanti disayang emak



Pahlawan Melaka ia Hang Tuah

Bapa merdeka Tunku Abd Rahman

Siapa yang jahat hati Bawang Merah

Tentu dibenci orang




Di Malam Yg Sepi



Di malam yang sepi pi pi

Pak Mat jual topi pi pi

Topinya koyak yak yak

Pak Mat jual tempoyak yak yak

Tempoyaknya basi si si

Pak Mat jual nasi si si

Nasinya laris ris ris

Pak Mat jual keris ris ris

Kerisnya patah tah tah

Pak Mat jual getah tah tah

Getahnya putus tus tus

Pak Mat jadi kurus rus rus

Versi Kedua:

Di malam yang sepi pi pi

Pak Mat jual topi pi pi

Topi yang hilang lang lang

Pak Mat jual gelang lang lang

Gelang yang patah tah tah

Pak Mat jual getah tah tah

Getah yang putus tus tus

Pak Mat jual tikus kus kus

Tikus yang lari ri ri

Pak Mat cabut lari ri ri...




Tun-tun Nukut



Tun-tun nukut,

Nukut dalam cupak,

Mana tikus mondok,

Menyorok bawah ketiak

Nota: Sambil menyanyi, jari
ibu merayap dari pinggang ke ketiak anak dan geletek anak
sampai geli.










Ambilkan Bulan



Ambilkan bulan, bu

Ambilkan bulan, bu

Yang selalu bersinar di langit



Di langit bulan benderang

Cahayanya sampai ke bintang



Ambilkan bulan, bu

Untuk menerangi

Tidurku yang lelap di malam gelap




Satu-Satu



Satu satu saya sayang ibu

Dua dua juga sayang bapa

Tiga tiga sayang adik kakak

Satu dua tiga sayang semuanya

Versi Kedua:

Satu satu saya sayang Allah

Dua dua sayang Rasullullah

Tiga tiga sayang ibu bapa

Satu dua tiga sayang semuanya




Nenek Si Bongkok Tiga

Nenek nenek si bongkok tiga

Siang mengantuk malam berjaga

Mencari cucu di mana ada

Nenekku kahwin dengan anak raja

Cucu cucu tak dapat lari

Nenek ada tongkat sakti

Sekarang nenek nak cari ganti

Siapa yg kena dia yang jadi




Kombat

Kom apa kombat

Bat apa Batman

Man apa mentol

Tol apa tolak

Lak apa laksa

Sa apa sepak

Pak apa pakcik

Cik apa cicak

Cak apa cawan

Wan apa one two three four ...ten




Kucing Saya

Saya ada kucing

Ekornya panjang

Bulu warna putih

Cantik berbelang

Bila saya panggil

Dia pun datang

Tersangat manjanya

Saya pun sayang

Saya beri makan

Nasi campur ikan

Beri minum susu

Riang selalu

Jaga waktu malam

Tidur waktu siang

Tersangat manjanya

Saya pun sayang




Jong Jong Inai




Jong jong inai

Mak ipong waja wali

( 2X )



Jong jong inai

Mak ipong waja wali

Sepak tunggul inai

Berdarah ibu kaki

( 2X )



Semangkuk jerluk

Sepinggan dagang

Tak cukup pulut

Tambah nasi dagang

( 2X )



Jong jong inai

Mak ipong waja wali

( 2X )




Lagu Gajah

Gajah berkaki empat..gelek gelek

Hidungnya sangat panjang gelek..gelek..

Gadingnya sampai dua gelek..gelek

Tapi gajah tak makan orang..gelek..gelek

Kalau adik ingin tahu..gelek..gelek

Apa makanan gajah..gelek..gelek

Gajah makan tebu ..gelek..gelek

Nota: Sambil menyanyi, anak dan ibu
boleh menari gelek-gelek




Bang Selebu

Bang selebu keladi we we

Hujan ribut mandi kartun

Sirih rampai pinang berseri

Minta tunjuk tangan kiri

Nota: Ibu akan suruh
anak tunjuk tangan kiri yg digenggam. Ibu kemudian cuba
membuka genggaman si anak sampai dapat.




Wau Bulan



Eh wau bulan, eh wau bulan

Wau bulan teraju tiga

Eh wau bulan, eh wau bulan

Wau bulan teraju tiga



Ini malam, sama-sama

Sama-sama bersuka-ria

Ini malam, sama-sama

Sama-sama bersuka-ria




Gelang Si Paku Gelang



Gelang si paku gelang,

Gelang si rama-rama,

Pulang... marilah pulang,

Marilah pulang bersama -sama

Pulang... marilah pulang,

Marilah pulang bersama -sama



Kalau ada sumur di ladang,

Bolehlah menumpang mandi

Kalau ada umur panjang

Boleh kita berjumpa lagi.



(Ulang dengan pantun)





[ Midi ]



Koleksi Midi Lagu Kanak-Kanak








Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya
menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati
seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil
kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan
setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang
serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri
kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang
berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila
masa silih berganti

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu
sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu
menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya
apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan
selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hati kamu...

"Saya sayang
awak! "

Tuhanku, semoga aku ingin lebih menghibur daripada
dihibur, memahami daripada difahami, mencintai daripada dicintai.

Kerana dengan memberi aku menerima, dengan memaafkan aku dimaafkan,
dengan cinta aku bangkit kembali

dan dengan cinta aku hidup abadi......





["src":"http://www.geocities.com/dearhaniey/romeo.mid"]



8.jpg


7.jpg



6.jpg


5.jpg



4.jpg



3.jpg


2.jpg


1.jpg



SAMBUTAN MEI 1 2007:DATARAN BANDARAYA JOHOR BARU BERGEMA DENGAN TUNTUTAN PEKERJA
1hb Mei ,Kuala Lumpur senyap sunyi akan tetapi di Dataran Bandaraya , di Johor Baru bergema laungan slogan pekerja kerana Sambutan Mei 1, buat kali pertamanya diadakan di negeri Johor. Tahun ini merupakan tahun ke -14 Sambutan Mei 1 dianjurkan oleh Jawatankuasa penganjur Mei 1. Sambutan tahun ini dianjurkan bersama oleh JERIT, SUARAM, Parti Sosialis Malaysia , DEMA, PAS, PRM , DAP, RAKAN, kumpulan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia dan ramai kumpulan lagi.

Hujan lebat pada awal pagi reda dan memberi laluan kepada sambutan hari bersejarah ini diadakan.Lebih kurang jam 9 pagi, semua bas dari Selangor tiba di tempat sambutan Mei 1, Dataran Bandaraya JB lebih awal daripada waktu sambutan iaitu 10 pagi. Ini menambahkan semangat penganjur tempatan apabila melihat banjiran kelas pekerja dari semua sektor di sana. Sebelum pukul 10 pagi, bas- bas dari Perak tiba di tempat sambutan bersejarah ini. Lebih kurang 600 orang membanjiri kawasan Dataran Bandaraya. Kerisauan dapat dilihat di muka pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru apabila mereka mula tercari-cari siapakah penganjur untuk hari bersejarah ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis Saudara Nazman, Saudara Letchumanan dan Saudara Nyam.

Program diteruskan dengan bacaan puisi yang bertajuk Mei 1, oleh Saudara Giman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) . Suasana bertambah semangat lagi apabila wakil pekerja ladang, Sdra Velayudham menegaskan bahawa pekerja ladang telah menyumbang ke arah pembangunan negara tetapi mereka masih hidup tertindas sehingga kini. Setelah 2 lagi ucapan dari wakil petani dan peneroka dari Johor, upacara pelancaran tema dan logo dijalankan.

Pelancaran tema dan logo hari bersejarah ini dilakukan oleh Gabungan Anak Muda dan Pelajar(GAMP) dengan sketsa yang berlandaskan tema tahun ini "50 Tahun Merdeka, Pekerja Masih Dijajah". Sketsa ini menggambarkan keadaan pekerja sebelum merdeka dan selepas merdeka. Lakonan menggambarkan bahawa keadaan pekerja sekarang serupa seperti sebelum zaman merdeka, di mana eksploitasi terhadap pekerja berleluasa dan ini diakhiri dengan para pekerja menumbangkan golongan kapitalis yang menindas mereka.

Program diteruskan dengan ucapan daripada wakil peneroka Kampung Berembang. En Anizan yang berkongsi pengalaman perjuangan mereka di Kampung Berembang dan juga menegaskan bahawa peneroka bandar mempunyai hak dan tidak boleh diusir mengikut suka hati pihak pemerintah. Wakil anak muda dan pelajar, Sdra Amin Yusof pula menyeru golongan mahasiswa untuk sentiasa bersama masyarakat dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi mereka.

Tidak harus dilupakan, 8 jam kerja sehari yang dinikmati sekarang adalah hasil tumpahan darah perjuangan kelas pekerja pada tahun 1880-an di Amerika yang membawa kepada pengikitirafan 1 Mei sebagai hari pekerja. Sejarah perjuangan hari keramat ini dilakonkan oleh rakan- rakan aktivis dari Community Development Centre (CDC). Setelah beberapa lagi ucapan wakil pekerja, persembahan anak- anak Kg. Berembang menghiasi suasana dengan nyayian yang menceritakan perjuangan hak asasi mereka untuk rumah!

Sambutan Mei 1 2007 di Johor diakhiri dengan pembacaan deklarasi tuntutan pekerja dan nyanyian lagu Internasional. Deklarasi Mei 1 2007, disokong oleh 94 organisasi, satu jumlah yang tinggi kalau dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Semasa pembacaan deklarasi Mei 1 2007, ramai yang hadir mara ke hadapan bersama- sama kain rentang yang membawa tuntutan mereka. 13 tuntutan pekerja sempena Hari Pekerja 2007 dibacakan dengan kuat dan penuh semangat. Akhirnya, lagu Internasional iaitu lagu perjuangan pekerja bergema di Dataran Bandaraya JB dengan kibaran tangan perjuangan, tidak lupa juga laungan "Hidup Pekerja", "Hidup Perjuangan" dalam tiga bahasa.

Mei 1 akan sentiasa mengingatkan kelas pemerintah akan kekuatan dan semangat kelas pekerja di seluruh dunia yang telah berjaya mengalahkan kapitalis untuk mendapatkan hak mereka. Semangat dan solidariti pekerja pada Mei 1 1886 harus terus bara di jiwa setiap pekerja untuk menuntut hak mereka kerana penindasan terhadap pekerja terus berlaku sehingga hari ini. 50 Tahun Merdeka; PEKERJA MASIH DIJAJAH!

Kita tiada apa untuk dihilangkan, hanya rantai penindasan sahaja!

Kita ada seluruh dunia untuk dimenangi

HIDUP PEKERJA! HIDUP PERJUANGAN!

No comments: