Wednesday, February 23, 2022

URUSAN JUAL BELI RUMAH SUB-SALE BELUM SELESAI, BOLEH TAK PEMBELI NAK MINTAK KUNCI RUMAH UNTUK MASUK LEBIH AWAL?



1. Saya dapati ada pembeli rumah subsale yang kadang-kadang tak sabar untuk mendiami rumah yang dibelinya, walaupun urusan jual beli rumah tersebut masih belum sempurna sepenuhnya. 


2. Kadang-kadang baru saja tandatangan perjanjian jual beli (SNP), dah nak mintak kunci rumah daripada penjual.


3. Antara alasan mereka untuk memasuki rumah tersebut lebih awal adalah : 


▪tuan rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa; 

▪mereka tiada tempat lain untuk tinggal;

▪mereka juga kata mereka dah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya mereka dah ada hak terhadap rumah tersebut, 

▪mereka kata nak renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah ke rumah tersebut, dan lain-lain alasan lagi.


4. Tahukah anda, dari segi amalan guaman hartanah yang sebenar, dalam urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli, dan pembeli telah menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.


5. Amalan guaman ini biasanya dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.


6. Oleh yang demikian, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP dan bertentangan dengan amalan guaman hartanah yang sebenar. 


7. Bukan itu sahaja, tindakan pembeli untuk mendiami rumah tersebut lebih awal sebelum milikan kosong diserahkan secara rasmi kepada mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam SNP, juga akan mendedahkan pembeli kepada beberapa risiko kerugian.


8. Antaranya termasuklah:


A. Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual. 


Bayangkan ketika itu rumah tersebut telah penuh dengan barang-barang pembeli, bukankah ia akan menjadi masalah kepada pembeli untuk mengangkut keluar barang-barang tersebut? Dah lah terpaksa keluar kos untuk angkut keluar barang-barang, malu dengan jiran-jiran pun satu hal jugak. 


B. Katakanlah ketika itu pembeli dah buat renovation terhadap rumah tersebut, sekiranya SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak fasal-fasal tuan rumah yang untung akibat ketidaksabaran anda. Dan perlu diingat, anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.


C. Katakanlah berlaku kematian kepada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-waris si mati berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.


Bayangkan ketika itu anda telah mendiami rumah tersebut lebih awal, dan waris kepada penjual pulak ingin menuntut rumah tersebut daripada anda, sudah pasti ianya boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.


D. Selain daripada itu,  kadang-kadang ada juga rumah yang dibeli itu, tanpa pengetahuan pembeli, dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiami rumah tersebut dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.


Pernah berlaku kes di mana rumah dah "diserahkan" kepada pembeli lebih awal, tiba-tiba rumah kena lelong dan dah ada pembida yang berjaya. Memang bergaduh lah jawabnya antara 3 pihak tersebut; penjual, pembeli dan pembida yang berjaya. Bukankah ini akan menimbulkan masalah kepada semua pihak terutamanya pihak pembeli?


9. Jadi elakkan lah minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna. 


10. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta. Ingat ni drama swasta ke? Sign je SNP terus dapat kunci rumah.


11. Jadi bawak-bawak lah bersabar demi kebaikan anda juga. Kata orang, takkan lari gunung di kejar. Jika rumah tersebut telah ditakdirkan rezeki milik anda, pasti anda akan dapat juga mendiaminya. Yang penting semua pihak selamat kerana mengikut undang-undang yang sepatutnya.


Wallahuaklam.


Terima kasih,


Penulisan asal:

Almarhum Salkukhairi Abd Sukor.

(Al-fatihah)

Monday, February 21, 2022

semi D lilyweiss changloon untuk dijual

**RUMAH *DESIGN* *MODERN* DAN *MAMPU* *MILIK* DIBUKA UNTUK JUALAN *๐Ÿก๐Ÿก๐Ÿก

====================
 *LILYWEISS* *(CHANGLOON)* 
Booking RM 500
Free Yuran Guaman ( excluded MOT ) 
>Hakmilik Kekal
>Rezab Melayu 
====================
========
 *Rumah Berkembar Setingkat* 
bermula RM 295K 
Harga SPA: Bermula dari RM 305,709
Spesifikasi:

>Luas binaan 25 x 41
> Luas tanah 40 x 70
> Bilik tidur : 3
> Bilik air : 2

========================================
 *Rumah Banglo Setingkat* 
bermula RM 454K 
Harga SPA: Berrmula dari RM 504, 514
Spesifikasi :

>Luas binaan 37 x 33
> Luas tanah 88 x 84
> Bilik tidur : 3
> Bilik air : 2

Kemudahan yang berdekatan:

>2.9km km ke SK Bandar Baru Sintok
>3.1km ke SMK Bandar Baru Sintok
>5.9 km ke UUM
>8.4 km ke C-Mart Changlun 
>10 km Kolej Matrikulasi
>15 km ke SBP Integrasi Kubang Pasu 
>18 km Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
========================================

Loan: Bank/LPPSA




Untuk melawat dan maklumat lebih lanjut
Tekan pautan di bawah ⬇

www.wasap.my/60137276369

Komitmen
==========
Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci
 
๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
 
0137276369
Wan Mustaffa Wan Jusoh
REN 50431
Perunding Hartanah Berdaftar
THE ROOF REALTY SDN BHD
E(1)1605/2
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials

Thursday, February 17, 2022

TERES TAMAN TABUNG HAJI KEPALA BATAS JITRA KEDAH UNTUK DIJUAL

TERES TAMAN TABUNG HAJI

KEPALA BATAS JITRA KEDAH

====================
HARGA JUALAN: RM145,000
NEGO
====================

Spesifikasi:

>Built up: 20x35 sqft
>Land area: 1160 sqft (approx)
>2 Bedroom 1 Bathroom
>Freehold Malay reserved
>Reno: Basic

=====================
Kemudahan:

>Shoplot 500m
>Masjid Bukit Tinggi 800m
>SK Bukit Tinggi 1km
>Pekan Kepala Batas 3km
>Masjid Kepala Batas 3km
>SMK Tunku Anum 3km
>Shell 4km
>Pekan Jitra 6km
>Bank Cimb, Maybank, BSN Jitra 7km
>Hospital Jitra 8km

Easy access to:
>North-South Highway
>Jalan Utama Jitra-Alor Setar

=====================
HARGA JUALAN: RM145,000 NEGO
=====================

Untuk melawat dan maklumat lebih lanjut
Tekan pautan di bawah ⬇

www.wasap.my/60137276369

Komitmen
==========
Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci
๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
0137276369
Wan Mustaffa Wan Jusoh
REN 50431
Perunding Hartanah Berdaftar
THE ROOF REALTY SDN BHD
E(1)1605/2
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials


















Wednesday, February 16, 2022

Kawasan Dengan Permintaan Sewa Tertinggi

 17 Kawasan Dengan Permintaan Sewa Tertinggi 2021


Menggunakan data dalaman PropertyGuru, kami mengenal pasti 17 kawasan yang merekodkan pertumbuhan positif sewa tertinggi pada 2021 berbanding 2020 berdasarkan propertyguru. 


Ketika pasaran hartanah di Malaysia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, banyak aktiviti berkaitan hartanah turut terjejas.


Kebanyakkan pembelian dan keputusan besar dalam pasaran hartanah terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh sentimen pembeli hartanah yang lebih mengambil pendekatan berhati-hati dan mengawal perbelanjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik kini.


Ada yang hidup bagai berkain tiga hasta sekaligus membantutkan lagi pasaran hartanah di Malaysia.


Namun, di sebalik sentimen berhati-hati pembelian hartanah, masih terdapat segmen hartanah yang mula menunjukkan perkembangan positif walaupun negara masih dilanda pandemik.


Menggunakan data dalaman PropertyGuru, kami menganalisis beberapa kawasan yang menunjukkan pertumbuhan positif berdasarkan peratusan pertanyaan diterima ejen bagi penyenaraian di PropertyGuru sepanjang 2020 sehingga Ogos 2021.  


1. Kuala Lumpur


Hasil tinjauan mendapati Kuala Lumpur antara negeri tertinggi yang mendapat permintaan dan pertanyaan tertinggi pasaran sewa hartanah berbanding negeri lain di Malaysia. Logik akal la kan kerana ia kawasan paling padat penduduk di Malaysia


Berdasarkan statistik permintaan hartanah sewa setakat Ogos 2021 berbanding 2020, kawasan utama yang mendapat banyak permintaan sewa di Kuala Lumpur adalah Desa Petaling (121.4%), Kuchai Lama (66.5%), Sri Petaling (43.1%), Titiwangsa (26.4%), Segambut (15.7%) dan Mont Kiara (12.75%).


a. Desa Petaling (121.4%)


Desa Petaling terletak antara Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Sri Petaling. Hanya terletak kira-kira 45 minit dari KLIA kawasan ini antara kawasan tumpuan golongan kelas pertengahan yang mencari kategori hartanah mampu milik.


Selain jaringan pengangkutan awam yang baik, jaringan lebuhraya yang mudah akses seperti lebuhraya NPE dan NKVE.


Apabila pandemik berlaku pada 2020, peratusan pertanyaan sewa diterima ejen hanyalah sekitar 18.2% berbanding 2019, ia kemudiannya melonjak kepada 121.4% setakat Ogos 2021.


b. Kuchai Lama (66.5%)


Kuchai Lama adalah perbandaran matang dan hampir dengan segala kelengkapan kemudahan asas, ia juga menikmati peningkatan permintaan sewa yang tinggi disebabkan akses lebuhraya yang mudah seperti NPE.


rumah sewa, sewa, pkp, ejen hartanah, rumah sewa melaka


Terdapat juga jaringan pengangkutan awam sepert MRT iaitu Kuchai Lama dan kurang 3 km akses ke LRT&KTM Salak Selatan. Di sini juga terdapat beberapa projek perumahan mampu milik Residensi Wilayah yang bakal siap yang mempunyai akses terus ke MRT Kuchai Lama.


Pada 2020, peratusan pertanyaan diterima ejen jatuh -15.3% berbanding 2019, sebelum melonjak kepada 66.5% setakat Ogos 2021.


c. Sri Petaling (43.1%)


Antara faktor yang mempengaruhi permintaan hartanah sewa di kawasan Sri Petaling adalah hampir dengan kawasan komersial, kawasan tumpuan pekerjaan, akses lebuhraya yang mudah dan lengkap.


Antara jaringan lebuhraya yang memberi impak kenaikan pasaran hartanah di kawasan ini adalah Kuala Lumpur – Seremban Expressway, Shah Alam Expressway (KESAS), New Pantai Expressway (NPE), MRR2 dan Maju Expressway (MEX) yang mudah diakses melalui kawasan Sri Petaling.


Selain itu juga, terdapat kemudahan tren LRT yang memberikan alternatif pengangkutan bagi penduduk di kawasan ini iaitu Stesen LRT Sri Petaling dan hampir dengan pelbagai kemudahan asas termasuk sekolah yang menjadikan kawasan ini antara pilihan pasangan berkahwin dan berkeluarga untuk menyewa.


Pada 2020, peratusan diterima ejen jatuh -18.1% berbanding 2019, tetapi setakat Ogos 2021 ia kembali naik kepada 43.1%.


d. Mont Kiara (12.75%)


Jika sebut Mont Kiara sudah tentu anda bayangkan kawasan elit yang menjadi tumpuan golongan professional dan ekspatriat. Apa menariknya di Mont Kiara adalah kawasan yang mempunyai sambungan lebuhraya yang lengkap.


Mont Kiara antara kawasan pasaran sewa terjejas teruk apabila pandemik berlaku pada 2020, wujud penurunan ketara sebanyak -37.3% berbanding 2019, tetapi setakat Ogos 2021 ia kembali naik kepada 12.7%.


Terdapat 4 lebuhraya utama di Mont Kiara iaitu NKVE, PLUS, DUKE dan SPRINT yang menghubungkannya dengan seluruh Lembah Klang seperti Lebuhraya DUKE ke Ampang, Ulu Klang atau Gombak.


Terdapat juga Stesen Komuter Segambut dan MRT Pusat Bandar Damansara yang dihubungkan oleh perkhidmatan RapidKL. 


Wujud juga kemudahan asas lain seperti kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan termasuk sekolah antarabangsa dan juga institusi pengajian tinggi.


Lebih menarik, Mont Kiara sememangnya terkenal dengan pusat komersial dan aktiviti sosial seperti Plaza Month Kiara, Publika, Solaris Dutamas dan lain-lain lagi.


Bagi yang sukakan kawasan Mont Kiara, anda juga boleh mempertimbangkan untuk menetap di kawasan Segambut. Segambut hanya kira-kira 10 minit ke Mont Kiara, ini menjadikan kawasan ini turut mendapat permintaan sewa yang tinggi, naik 15.7% setakat Ogos 2021. 



2. Selangor

Selangor antara negeri kedua yang mempunyai permintaan sewa dengan Putrajaya (715.5%), Bangi (43.7%), Kuala Langat (22.8%).


a. Putrajaya (715.5%)


Putrajaya menempatkan pusat pentadbiran negara dan pelbagai pejabat perkhidmatan awam yang menjadi tarikan utama dalam pasaran sewa. 


Setakat Ogos 2021, pertanyaan pasaran sewa diterima ejen mencecah 715.5% walaupun berlaku penurunan sebanyak -58.1% pada 2020 berbanding 2019.


Untuk mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, tak perlu bimbang kerana Putrajaya dihubungkan dengan lebuhraya utama iaitu MEX, SKVE, ELITE, LDP dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.


Wujud juga  kemudahan asas lain seperti Hospital Putrajaya, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, KLIA Transit, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, Sekolah Sultan Alam Shah dan pelbagai kemudahan yang lain.


Antara pembangungan baru di kawasan Putrajaya yang mendapat perhatian adalah pembangunan kediaman Setia Seraya Residensi oleh pemaju terkemuka, SP Setia. 


Sudah tentu banyak lagi projek hartanah di Putrajaya yang turut menawarkan rumah sewa dengan kadar mampu milik, sesuai untuk keluarga atau mereka yang bujang.


b. Bangi (43.7%)


Seterusnya Bangi, kawasan kedua tertinggi di Selangor yang mendapat permintaan dari pasaran hartanah sewa.


Tahukan anda, Bangi juga di kenali dengan jolokan “Bandar ilmu”? Ini kerana Bangi antara kawasan di Selangor yang mempunyai paling banyak pusat pengajian tinggi dan institut latihan.


Antara pusat pengajian tinggi yang ada di Bangi adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), German-Malaysian Institute (GMI) dan Institut Perguruan Islam.


Selain itu, terdapat juga pelbagai pusat kesihatan yang baik serta sekolah berpretasi baik sekitar Bangi termasuklah Az-Zahra Islamic Hospital, Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.


Bangi juga dihubungkan dengan jaringan lebuh raya ke pusat bandar Kuala Lumpur dan keluar Lembah Klang seperti Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), New Klang Valley Expressway (NKVE), South Klang Valley Expressway (SKVE) dan Kajang-Seremban Highway (LEKAS).


Malah Bangi turut menjadi tumpuan kawasan perindustrian, perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang lain.  


Anda jangan tak tahu, Bangi turut menjadi kawasan tumpuan golongan pertengahan untuk membeli-belah terutama di musim perayaan kerana mempunyai pelbagai pilihan butik perniagaan pakaian dengan pelbagai dengan harga berpatutan tau.


Jadi tak mustahil Bangi menjadi kawasan kedua tertinggi di Selangor untuk permintaan pasaran sewa dengan 43.7%, walaupun pada 2020 ia merekodkan penurunan sebanyak -3.5% berbanding 2019.


c. Kuala Langat (22.8%)


Secara geografinya, Kuala Langat terletak di Selangor dan bersempadan dengan daerah Klang dan Petaling Jaya di utara dan Sepang di bahagian timur.


Kuala Langat turut berhubung dengan kawasan lain di Selangor melalui jaringan Lebuhraya Kemuning – Shah Alam melalui Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya dan juga Lebuhraya ELITE yang menghubungkan Kuala Lumpur dan bandar Klang.


Terkenal dengan Pantai Morib, sudah pasti sektor pelancongan antara salah satu perangsang aktiviti ekonomi dan hartanah di kawasan sekitar Kuala Langat. Kebanyakkan hartanah di kawasan ini adalah jenis pegangan bebas.


Pertambahan populasi di kawasan ini turut mempengaruhi para pemaju hartanah membangunkan hartanah di kawasan sekitar. Antara pemaju yang terlibat adalah LBS, EcoWorld, Tropicana Aman Sdn Bhd, IJM Land dan Gamuda Berhad.


Antara hartanah terkenal di Kuala Langat adalah Gamuda Cove yang menempatkan taman rekreasi air dan menikmati pengalaman pemandangan menaiki belon panas antara yang terpanjang di Asia Tenggara selain pusat komersial yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik!


 


3. Melaka

Melaka merupakan negeri ketiga dengan kawasan permintaan paling banyak dari segi permintaan pasaran hartanah sewa.


Antara kawasan tumpuan pasaran hartanah sewa di Melaka adalah Melaka Tengah (525.9%), Klebang (200.6%), Bandar Hilir (113.4%) dan Bukit Beruang (89.1%).


Dari segi demografik penduduk pada tahun 2019, penduduk Melaka Tengah berjumlah 579,000 orang, tertinggi berbanding kawasan lain di Melaka.


Negeri ini juga mempunyai Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 yang akan menyokong perkembangan pesat aktiviti ekonomi tertutama dari sektor pembuatan dan pertanian, yang disokong.


Logiknya, apabila wujud pelan pembangunan jangka panjang dengan pertambahan jumlah populasi, permintaan pasaran sewa juga akan meningkat.


Bagi pasaran sewa di Klebang dan Bandar Hilir, tarikannya terletak kepada sektor pelancongan. Disebabkan pandemik, sewa jangka pendek terjejas teruk, tetapi permintaan sewa jangka panjang masih meningkat. 


 


4. Negeri Sembilan

Kawasan yang mendapat permintaan sewaan yang tinggi di Negeri Sembilan adalah Nilai (41.7%) dan Seremban (28.7%).


Bagi mereka yang lebih mengutamakan keselesaan keluarga dan inginkan kediaman atas tanah yang lebih selesa, Nilai dan Seremban antara pilihan terbaik di Negeri Sembilan.


Ia terletak kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur dan dihubungkan dengan jaringan lebuhraya dan pengangkutan terbaik. 


Antara lebuhraya yang terdapat di Nilai adalah NSE (North South Expressway), ELITE Expressway, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), MEX (Maju Expressway), Nilai-KLIA Highway, Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE (South Klang Valley Expressway).


Jadi bagi mereka yang inginkan kediaman keluarga yang lebih besar dan selesa, menyewa di Nilai dan Seremban bukan lagi satu perkara mustahil.


Nilai juga terletak hampir dengan KLIA dengan jarak perjalanan sekitar 20 minit turut menjadikan kawasan ini antara kawasan yang menjadi pilihan dan tumpuan bagi pasaran hartanah sewa tahun 2020 hingga Ogos 2021.


Selain itu kawasan-kawasan ini turut menempatkan pelbagai kemudahan pendidikan dan kesihatan yang hampir dengan kawasan kediaman dan terbaik seperti Nilai University, Manipal International University, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Xiamen (XMU) dan Pusat Perubatan Nilai.


Selain pelbagai pilihan kediaman atas tanah dengan kadar sewa mampu milik, antara kawasan perbandaran perlu diberi perhatian adalah Bandar Enstek.


Bandar ini  menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan seperti makanana, minuman, farmaseutikal dan lain-lain lagi turut menjadi antara faktor penyumbang kepada permintaan tinggi pasaran hartanah sewa di Nilai dan Seremban.


5. Pulau Pinang

Pulau "Mutiara" Pinang adalah pusat aktiviti ekonomi pesat di Malaysia yang menyebabkan wujud  peningkatan nilai hartanah walaupun ketika negara dilanda pandemik. 


Terdapat beberapa pusat perindustrian di Pulau Pinang yang menjadikan negeri ini antara negeri yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi hasil aktiviti ekonomi yang pesat.


Antara kawasan industri yang menjadi tumpuan di Pulau Pinang adalah Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Kawasan Perindustrian Prai dan Kawasan Perindustrian Mak Mandin.


Kawasan ini menempatkan pelbagai sektor ekonomi seperti elektronik, pembuatan makanan, petrokimia, farmaseutikal dan lain-lain. 


Disebabkan akses mudah ke kawasan perindustrian ini, dua kawasan utama yang menjadi tumpuan bagi pasaran hartanah sewa di Pulau Pinang adalah kawasan Timur Laut (15.1%) dan Bukit Mertajam (30.8%).


Bagi yang menetap di kawasan tanah besar seperti di Bukit Mertajam, anda boleh menggunakan Jambatan Pulau Pinang bagi akses mudah ke kawasan perindustrian Bayan Lepas atau turut bersempadan dengan kawasan perindustrian Prai.


Bukit Mertajam turut mempunyai kemudahan kesihatan yang terbaik seperti Hospital Bukit Mertajam, KPJ Perda dan turut mempunya pelbagai pusat aktiviti riada yang menarik seperti Pusat Rekreasi Taman Rimba Cherok Tokun.


Antara hartanah yang menjadi tumpuan di Bukit Mertajam sekarang adalah The Navens, Bukit Mertajam.


Sebuah pembinaan kondominium berstatus pegangan bebas yang menawarkan konsep kehidupan ala resort dan dengan berkonsepkan taman tema. Harga ditawarkan bermula dari RM 342,200 dengan keluasan dari 1175 kps. 


Walaupun pasaran hartanah umumnya terkesan kerana pandemik, pasaran sewa mula merekodkan pemulihan permintaan berdasarkan data kami ini. 


Sama ada anda sedang mencari rumah sewa untuk diduduki atau mahu beli rumah untuk disewakan, bolehlah tengok-tengok kawasan ni, mana tahu berhasil!


-PROPERTYGURU-


#AL-AQARAT

#theroofrealtyalaqarat

#theroofrealtysdnbhd

#goldenavenuerealtors

#GARACADEMY

#TRRAALORSETAR

#TRRAPERLIS

#TRRACHERAS

#TRRASGPETANI

#TRRAJB

Thursday, February 10, 2022

taman serindit teres untuk dijual

RUMAH UNTUK DIJUAL
========================
*TAMAN SERINDIT*
*ALOR SETAR*

*HARGA JUALAN : RM200k* 
========================
 
Spesifikasi:
» Teres Setingkat 
» Freehold
» Rezab Melayu
» Keluasan : 1300sqft
» Bilik tidur : 3
» Bilik air : 2
» Bilangan parking : 2

========================
 
Kemudahan :
» 1.5km Masjid Al Bukhary
» 1.5km Pasaraya TF Mart
» 0.5km Sekolah
» 0.5km Stesen Shell
» 5km Pusat Bandar
» 5km Hospital Sultanah Bahiyah
========================
 
Easy access to :
» Tol Alor Setar Utara
 
========================

Jenis Loan Yang diterima
LPPSA/BANK/CASH


Untuk melawat dan maklumat lebih lanjut
Tekan pautan di bawah ⬇

www.wasap.my/60137276369

Komitmen
==========
Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci
 
๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
 
0137276369
Wan Mustaffa Wan Jusoh
REN 50431
Perunding Hartanah Berdaftar
THE ROOF REALTY SDN BHD
E(1)1605/2
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials

Sunday, February 6, 2022

๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค @CassiaEast,Kulim









 ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐Œ๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค @CassiaEast,Kulim (4KM to Simpang Ampat , Penang and 15 minutes to IKEA , BandarCassia )


๐Ÿ   ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ TOWN HOUSE 

๐Ÿ“Œ Harga bermula dari RM 185,000

๐Ÿ›Œ 3 Bilik Tidur + ๐Ÿ›€ 2 Bilik Air

๐Ÿ’“ Dari Serendah *RM711 sebulan sahaja


๐Ÿ   ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ SINGLE STOREY TERRACE

๐Ÿ“Œ Harga bermula dari RM 220,000

๐Ÿ›Œ 3 Bilik Tidur + ๐Ÿ›€ 2 Bilik Air

๐Ÿ’“ Dari Serendah *RM835 sebulan sahaja

๐Ÿก KELUASAN BANGUNAN 830KPS


๐Ÿ   ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ DOUBLE STOREY TERRACE

๐Ÿ“Œ Harga bermula dari RM 365,000

๐Ÿ›Œ 4 Bilik Tidur + ๐Ÿ›€ 2 Bilik Air

๐Ÿ’“ Dari Serendah *RM1400 sebulan sahaja

๐ŸกKELUASAN BANGUNAN 1350KPS


๐Ÿ   ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ SINGLE STOREY SEMI-DETACHED

๐Ÿ“Œ Harga bermula dari RM 320,000

๐Ÿ›Œ 4 Bilik Tidur + ๐Ÿ›€ 2 Bilik Air

๐Ÿ’“ Dari Serendah *RM1200 sebulan sahaja

๐ŸกKELUASAN BANGUNAN 1105KPS


✔ FreeHold (Bumiputera/Non-Bumi)

✔ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ Yuran Guaman


Dari Simpang Ampat, Penang - 4KM

Dari Bukit Tambun- 6.4KM_

Dari Bukit Mertajam - 12.2KM_

Dari Batu Kawan - 12.9KM_

Dari Seberang Jaya - 17KM_

Dari Jabatan Pulau Penang 2 - 15KM_


Untuk melawat dan maklumat lebih lanjut
Tekan pautan di bawah ⬇
Komitmen
==========
Saya akan bantu anda uruskan segala urusan pinjaman, urusan guaman dan urusan pejabat tanah sehingga selesai proses penyerahan kunci
๐Ÿ‘‰๐ŸปUntuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
0137276369
Wan Mustaffa Wan Jusoh
REN 50431
Perunding Hartanah Berdaftar
THE ROOF REALTY SDN BHD
E(1)1605/2
Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercials


Registration of CassiaEast

1. Nama : 

2. IC : 

3. Average Net Salary : 

4. House Type : 

5. Bumi or Non-Bumi : 

6. Bank or LPPSA :