Friday, October 06, 2006
Binatang, saya dan kemanusiaan
Oleh
Hishamuddin Rais
Dari kecil lagi saya telah meminati haiwan dan burung. Saya
tidak tahu dari mana sifat cintakan binatang ini datang. Mungkin dari ayah,
kerana ketika membesar saya sentiasa melihat ayah saya dengan burung
terkukurnya. Bukan untuk bertanding kemerduan suara tetapi sebagai penyeri
rumah Melayu. Sangkar terkukur ini tersangkut di bawah atap di tepi tangga.
Saya masih ingat, kali pertama saya berpeluang memiliki haiwan peliharaan ialah
apabila saya telah memasuki sekolah darjah dua. Saya diberi kebenaran dan
tanggungjawab untuk membesarkan seekor anak kucing betina. Si dia ini – namanya
Comel menjadi ‘pet animal‘ saya yang pertama.
Semenjak itu, saya terus memiliki pelbagai jenis macam binatang ‘peliharaan’.
Saya juga pernah mendapat kerbau yang diagihkan oleh kerajaan sebagai usaha
untuk ‘mengkerbaukan’ orang-orang Jelebu. Kerbau saya ini akhirnya mati setelah
hampir tiga tahun bersama saya. Dia dihinggapi sakit mulut. Bayangkan berapa
banyaknya derai air mati apabila saya melihat kerbau saya dikebumikan
Pada tahun 1968, di tengah kehebatan pop yeah yeah dan The Beatles, saya
memelihara seekor musang – Rascal. Ketika ini saya tinggal di asrama. Rascal
saya simpan di dalam kotak dan diletakan di bawah katil. Tidak susah hidup
dengan si Rascal ini. Dia cukup jinak dan akan mengekori ke mana saya pergi.
Perangai musang sama seperti anjing. Siang ianya tidur. Malam dia menjadi
segar, berjalan dan berlari mencari ulat-ulat. Paling mengembirakan untuk
Rascal ialah apabila hujan turun. Ini kerana sesudah hujan ada ribuan kelkatu
akan berterbangan. Saya tidak menyangka yang musang saya cukup suka memakan
kelkatu.
Musim sekolah bercuti Rascal saya bawa pulang ke kampung. Dia tidur di dalam sebuah
bilik kosong. Saya hanya menyediakan buah-buah pisang yang ranum untuk makanan.
Seperti biasa waktu siang dia tidur dan malam si musang ini akan merayau-rayau.
Satu pagi saya melihat bilik Rascal kosong. Dua hari saya tercari-cari.
Akhirmnya saya diberitahu yang musang saya telah dibunuh oleh tetangga yang
menyangka Rascal ini seekor musang liar. Saya merasa begitu sedih di atas
kematian Rascal. Lama juga saya mencari-cari anak musang baru sebagai gantinya.
Tetapi gagal.
Comel kucing pertama saya akhirnya menjadi arwah – mati tua. Zaman terus
berubah, sesudah kematian Rascal dan Comel saya tidak ada lagi binatang
peliharaan. Ketika ini saya telah memasukki zaman remaja
Woodstock
dan hippie, lalu agak segan untuk
memiliki binatang. Mungkin akan dilihat oleh teman-teman sebagai ‘tidak cool’
dan ‘tidak rock’.
Apabila masuk ke kampus saya menginap di Kolej Kelima Universiti
Malaya
. Di Kolej ini ada tertera undang-undang yang
melarang para pelajar dari membawa binatang peliharaan ke dalam kawasan kolej.
Saya tidak ambil pusing tentang peraturan ini kerana ketika ini politik kampus
lebih menarik dari memelihara musang atau pun kucing.
Bila saya meninggalkan Malaysia dan menginap di Melbourne Australia dunia
kehidupan saya telah berubah. Saya kini orang pelarian politik yang tidak
menentu di mana akan menetap. Jadi memelihara binatang adalah satu pekara yang
mustahil walaupun saya cukup berminat apabila melihat anak-anak pelajar di kota
Melbourne memiliki anjing-anjing peliharaan mereka.
Nasib saya agak baik kerana di rumah tempat saya menumpang telah ada seekor ibu
kucing yang sedang hamil. Apabila dia bersalin, dua ekor anak jantannya menjadi
peliharan saya. Seekor saya beri nama Fluffy dan seekor lagi Kucing. Bila saya
dihalau keluar dari Australia, kedua-dua kucing ini saya tinggalkan di bawah
jagaan kawan saya.
Pengalaman meninggalkan Fluffy dan Kucing di Melbourne ini amat menyedihkan.
Lebih sedih dari meninggalkan seorang kekasih. Jika kekasih yang ditinggalkan
dianya masih terus dapat dihubungi setidak-tidaknya dengan surat atau talipon.
Akhirnya ingatan terhadap Fluffy dan Kucing menjadi luntur dimakan masa. Kini
yang tinggal hanya kenangan. Lalu saya berjanji pada diri sendiri untuk tidak
akan memelihara apa-apa binatang dalam perjalanan hidup yang masih belum
menentu.
Sayang sekali, janji ini hanya tinggal janji kerana pada satu pagi ketika saya
duduk di sebuah cafe di Karachi seekor anak kucing telah melintas betul-betul
di bawah meja saya. Ini panggilan karma. Lalu saya bawa pulang si jantan kecil
pulang dan saya namakan Krishna – Tuhan Hindu.
Krishna ini cukup terdidik. Sesekali saya bawa dia ke dalam kampus Karachi
Universiti, yang tidak berapa jauh dari tempat saya tinggal. Kadang-kadang
apabila saya berjalan meninggalkan Karachi, Krishna saya tinggalkan dalam
kampus. Pada satu musim bunga saya telah berkhemah dihujung minggu di tepi
pantai Hawks Bay. Krishana yang kini telah menjadi anak muda saya tinggalkan
dengan teman-teman di dalam kampus. Ini kesilapan besar kerana pada satu pagi
satu gerombolan anjing liar telah menyerang Krishna.
Saya makamkan Krishna di kawasan pokok berduri di sebelah bangunan
International Hostel di Karachi Universiti. Berderai-derai lagi air mata
apabila saya melihat kedua kakinya patah dan tulangnya terkeluar. Sekali lagi
saya berjanji pada diri saya yang saya tidak akan memelihara apa-apa binatang
lagi.
Di Eropah saya kotakan janji saya itu. Saya tidak memiliki apa-apa binatang
peliharaan. Saya membebaskan diri dari terikat. Hanya apabila saya pulang ke
Malaysia dua puluh tahun kemudian saya kembali memiliki kucing-kucing
peliharaan. Bila saya ditangkap pada tahun 2001 di pejabat, saya di Bangsar
Utama, ada 7 ekor kucing yang tinggal di dalam pejabat saya. Ini termasuklah
Yadi seekor kucing jantan hitam yang buta sebelah matanya.
Saya telah diberitahu yang Yadi telah meninggal dunia ketika saya memasukki
tahun kedua di Kamunting. Kucing-kucing yang lain telah berpindah mencari
tempat-tempat baru untuk berteduh kerana pejabat itu telah diambil alih.
Apabila saya dibebaskan dari Kamunting, saya telah keluar bersama Lucky. Lucky
seekor anak kucing jantan telah saya temui basah kuyup dalam longkang dalam
kawasan Blok 2B tempat saya ditahan.
Tahun lalu Lucky juga telah meninggal dunia, walaupun umurnya agak muda. Dia
jatuh sakit mungkin kerana tidak selesa dengan hiruk-piruk Bangsar Utama yang
amat berbeza dari senyap sunyi kawasan Kamunting.
Saya rasa manusia dengan binatang memiliki satu hubungan yang paling intim.
Saya percaya kita sebagai manusia masih dapat belajar tentang kehidupan dari
binatang-binatang ini. Saya menganggap tangga ukur untuk melihat tamadun
sesebuah negara bangsa ialah dengan melihat bagaimana anak-anak kecil, orang
tua, orang cacat dan binatang dalam tamadun itu dipelihara. Dalam tamadun yang
binatang-binatang peliharaan seperti kucing dan anjing diganasi pasti tamadun
itu tidak akan segan silu untuk mengganasi warganya.
Hari ini saya memiliki tiga ekor kucing dan dua ekor anak anjing. Kesemua
mereka tinggal serumah dengan saya. Anak-anak anjing ini adalah penghuni baru
yang akan menginap di rumah saya. Seekor bernama Ramzan dan seekor bernama
Puasa. Ini kerana mereka datang pada hari puasa pertama yang lalu.
Apa yang paling menarik untuk saya kali ini ialah hubungan kucing-kucing ini
dengan Ramzan dan Puasa. Dari apa yang kita selalu dengar kucing dan anjing
akan selalu bergaduh. Ini sebenarnya adalah mitos. Pergaduhan anjing dengan
kucing ini saya lihat sebagai hasil dari satu konstruk sosial. Apabila anjing
dan kucing hidup membesar dalam rumah yang sama dan makan dari pinggan yang
sama, saya yakin tidak mungkin mereka akan bergaduh.
Bila saya melihat Ramzan dan Puasa mula bergurau dengan kucing-kucing saya,
maka terlintas dalam fikrah saya bahawa binatang-binatang ini adalah metapora
Melayu, Cina dan India. Perasaan kemelayuan, kecinaan dan keindiaan ini adalah
mitos dan hanya wujud hasil dari satu konstruk sosial. Sosial konstruk yang
kita bersama wujudkan inilah yang menjadikan kita begitu prasangka terhadap
satu sama lain – sama seperti mitos kucing dengan anjing.
Kucing dan anjing-anjing saya ini yang akan membesar bersama. Saya harapkan
mereka tidak akan memiliki apa-apa prasangka kerana mereka tinggal dan menginap
di bawah bumbung yang sama. Pada awalnya proses penyesuaian akan mengambil masa
tetapi dari apa yang saya lihat konstruk sosial dua jenis binatang yang sering
bergaduh ini sedang saya ubah.
laugh
said...
In reply to Khairul who insist me dalam penswastaan
Ambulance.
Beginilah ya...
we have to use common sense.
isu zionist.
senang jer. kita bina our strength dan dalam masa yang sama blame tetap blame.
That's all. contohnya. Jika aku dengan sengaja bunuh ahli keluarga engkau
khairul. Adakah engkau hanya membina tembok rumah engkau setinggi langit,
kemudian engkau tidak mencari aku untuk mempersoalkan tindakan aku?
isu jerebu
not sure samada guthrie terlibat atau tidak. kalau 100 peratus guthrie terlibat
dan mempunyai bukti sepatutnya kerajaan di sini telahpun menghebohkan dan
whacked mereka dari sini. sebab guthrie mempunyai pangkalannya di malaysia.
Kenapa kerajaan tidak berani bersuara pada pihak guthrie sedangkan pada masa
yang sama menghidu asap guthrie terus menerus.
penswastaan.
Trick question. Why u ppl blame the government?? why blame sana blame sini??
Mengapa bising sana? mengapa bising sini?? Mengapa barking sana? barking sini?
Padahal dalam isu zionist pandai pulak engkau suruh build our own strength. So
pasal, privatisation i hope you can build your own strenght la... pandai
pandailah uols cari duit. why blame the others... i rasa isu penswastaan sangat
senang untuk deal sebab ia masalah dalaman. isu zionist adalah sukar kerana ia
melibatkan kuasa nuklear dan diluar jangkauan malaysian. ia adalah masalah
global. campurtangan kuasa tuhan it may involved.
Tapi nampaknya angin tiada, ribut tiada, riot pun tiada, orangpun nampaknya
makin lama makin gemuk dan mewah so isu privatisation ini aku anggap sudah
selesai. walaubagaimanapun masih belum terlambat utk mempengaruhi aku. masih
banyak peluang.
isu zionist tutup. zionist is the one who should be blamed. Mukatamad.
regards
Friday, October 06, 2006 10:23:12 AM
laugh said...
Mr Rais: Binatang, saya dan kemanusiaan
Dear uncle Sham yang dihormati,
kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah:
1. Itu adalah binatang uncle. binatang tidak ada akal ia cuma ada perasaan.
tapi ia tetap ada naluri. Jika diasuh sedemikian rupa, itik pun boleh mengikut
resmi ayam.
2. Manusia adalah haiwan yang kompleks jika diikutkan dari teori sains-darwin.
Kekompleksan itulah yang sangat sukar untuk diatasi dan difahami. Memang betul
anak cina yang dibela oleh keluarga melayu sangat sayang keluarga melayu,
tetapi ia tetap anak cina. could not blame that. Tetapi perkara itu amat jarang
berlaku dan fenomena anak angkat-mengangkat ni dengan nisbah keseluruhan
penduduk manusia amat besar jurang perbezaannya.
So... saya kira tidak keterlaluan hujah saya yang mengatakan bahawa perasaan
syak prasangka akan terus mekar sampai bila2 disanubari maysrakat majmuk di
M'sia.
Anyway very good artikel and very nice try Uncle.
Friday, October 06, 2006 10:57:17 AM
Shaykh Zarul as Sufi said...
“Dalam tamadun yang binatang-binatang peliharaan
seperti kucing dan anjing diganasi pasti tamadun itu tidak akan segan silu
untuk mengganasi warganya. “
Memang ada beberapa kebenaran dalam konteks ayat tulisan Hishamuddin Rais ini.
Dengan kata lain jika seorang makhluk bernama Manusia tergamak menzalimi haiwan
peliharaan seperti kucing atau anjing misalnya maka tidak mustahil juga dia
sanggup melakukan perkara yang sama terhadap spieses sejenisnya. Sikap belas
atau bertindak zalim terhadap binatang peliharaan rasanya bergantung terhadap
didikan dan pengalaman yang diterima seseorang itu semasa zamannya sedang
membesar.
Jika sedari kecil dia melihat Atuknya dengan muka tidak bersalah membasuh anak
kucing di paip air sehingga mati lemas tidak mustahil juga anak kecil itu akan
melakukan perkara yang sama dizaman dewasanya. (Kisah ini benar-benar terjadi
seperti diceritakan oleh seorang teman. Mujurlah sahabat saya ini bersikap
kontra dari perangai “gila” datuknya. Sahabat saya menjadi seorang yang sangat
penyayang kepada kucing di kemudian harinya). Itu salah satu aspek, pengaruh
lain yang tidak dapat kita tolak sudah tentu datang dari peti bodoh yang
bernama TV.
Jangan mudah kita menolak terus bahaya pengaruh TV ini terhadap manusia. Dengan
infromasi tanpa batasan pengaruh surbersif yang sampai kepada manusia sudah
tentu beratus kali lebih pantas dari kaset ceramah agama Ustaz Shamsuri Hj.
Ahmad!
Jangan kita menyalahkan anak-anak kecil jika mereka lebih mengenali Sin Chan,
Power Rangers malah animasi South Park (jika tidak silap ejaanya) yang jelas
kartun mencarut bersikap kurang ajar! Sememangnya pengaruh peti bodoh ini turut
sama menjadikan manusia hilang sifat belas terhadap binatang. Melainkan program
bercorak seperti Animal Planet, Discovery dan Crocadille Hunter lain-lain
program kabel TV khasnya menghantar pembelajaran bagaimana untuk menjadi Psycho
Killer dengan cemerlang.
Sudah tentu mereka yang suka menonton peti bodoh ini akan turut sama menjadi
bodoh dengan erti kata lain. Manusia ini akan dipaksa tanpa sedar duduk di
depan TV selama berjam-jam lalu secara sedikit demi sedikit menjadi PASIF.
Benda-benda sampah sarap ini akan diprogram ke dalam otak anak kecil dan orang
dewasa tanpa tapisan(Filter). Maka kesannya kini kita melihat minda masyarakat
kita dicederakan dengan teruk. Bahananya komuniti di Malaysia semakin bersikap
agresif dan kurang di ajar.
Homoseksual, lesbian, muzik, filem malah berpakaian secara jahilliyah
dipromosikan tanpa henti mengikut acuan cara Barat. Jika kebanyakkan manusia
dibarat telah putus wayar-wayar di otaknya mengapa kita harus mengikuti jejak
langkah yang sama? Mereka di Barat ini kebanyakkannya otak sudah biol, jadi
adakah berbaloi untuk kita turut sama menjadi biol. Disana seperti yang biasa
kita lihat di kaca TV, dengan selamba kurang ajar panggil ibu bapa mereka
dengan panggilan nama sahaja.
Bukan seperti kita disini dengan perasaan hormat memanggil ayah, abah..atau
mungkin En…atau Dato’. Adakah dengan mengikut tatacara laku ini kita akan
menjadi satu bangsa yang semakin moden dan maju dalam erti kata sebenar?
Sudah tentu kita perlukan satu bukti saintifik diantara kaitan menjadi manusia
moden dengan perbuatan minum arak seperti yang diharamkan didalam Al Quran.
Apakah ada saling kena mengena? Jawapannya sudah tentu tidak. Hanya manusia
jahil sahaja yang berfikiran bahawa sebotol wine akan membuatkan “aku menjadi
lebih rasa cinta…”.
Semua seperti yang kita semua sedia maklum ini semua “PERANG PSIKOLOGI TERHADAP
BUDAYA & ISLAM. Jangan ditolak tanpa bukti. Ekspresi naluri kita sebagai
manusia Islam diselewengkan samada secara langsung atau tidak langsung.
Kononnya kalau kita mahu bersikap moden kita kenalah bersikap
begini…begitu…kena berpakaian seperti artis…kena dengar muzik yang punk dan
ganas-ganas barulah Rock. Kena cakap inggeris banyak-banyak (bukanlah pula
bermaksud saya anti bahasa inggeris) sebab kalau saya cakap Melayu saya akan
nampak bodoh! Ini semua adalah penyakit INFERIORITY COMPLEX PERINGKAT
KRONIK!...Perasaan rendah diri yang tidak kena pada tempatnya.
Sepatutnya kita berasa malu kalau mengabaikan solat tetapi persepsi kita
berjaya diubah tanpa kita perasan maka inilah bahananya (dalam konteks penganut
islam). Sudah tentu mereka terlupa bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang
paling banyak digunakan di hampir kebanyakkan diseluruh dunia.(mungkin nombor 3
atau 4 kalau saya tidak tersilap).
Sebab itu kalau kita lihat dalam situasi filem di Iran, kebanyakkan filem
disana cuba mempropagandakan isu kemanusiaan mengikut kefahamanan Islam (jangan
diungkit soal sunni atau syiah). “Kita di Malaysia buat filem propaganda
jatuhkan budaya maelayu dan islam” inilah kata-kata berani sutradara
intelektual islam lagi kontraversi saudara Mansur Puteh. Kita di sini buat
filem maki agama sendiri. Kalau kita sendiri ludah budaya dan norma-norma
agama, jadi apa yang diharap dengan filem Holywood.? Cerdikkah kita?
Sehingga sampaikan ada terang-terang berbangga mengatakan membela anjing
didalam rumah. Seolah-olah ingin menunjukkan betapa ‘open minded’ dan
penyayangnya kita kepada sang Haiwan. Saya sedikit tertanya-tanya jika
sampaikan anjing kita bela didalam rumah kenapa tidak terus bela seekor Encik
Khinzir. Janganlah kita cuba memberi alasan dangkal dengan mengatakan Anjing
boleh pegang sewaktu kering sedangkan babi tidak boleh. Betulkah reaksi kita
terhadap AL- QURAN? (Maaf saudara Hisham…ini kenyataan. Kenalah terima walaupun
pahit ditelan.) Suka atau tidak tidak ada KEBEBASAN MUTLAK dalam erti kata
sebenar hidup kita sebagai makhluk Allah swt. Suka atau tidak bila tuhan
bersurah mengatakan itu halal dan ini haram kenalah kita terima dengan hati
redha tanpa banyak bunyi. Bukankah Al-Quran itu sudah cukup liberal?
Jika ada yang cuba memperkatakan tentang hak kebebasan individu. Maka kemarilah
biarkan saya beri penerajang dikepalanya…kerana itu hak saya sebagai individu.
Semua orang bebas bercakap tentang “human rights”, tetapi apalah gunanya “human
rights” itu jika ianya menyebabkan kita tiada bezanya dengan Monyet yang
bergayut di ZOO Negara. Monyet pun ada hak…..
Banyak kajian menunjukkan samada zalim atau tidak seseorang itu banyak
bergantung kepada latar belakang hubungan kekeluargaan dan pengalaman semasa
kecil sewaktu sedang membesar. Apa yang tertangkap oleh mata maka itulah yang
cuba ditafsir oleh minda. Tidak mengapa jika otak kanak-kanak tersebut tidak
dapat faham, tetapi yang merbahayanya jikalau terjadi SALAH FAHAM.(meminjam
kata-kata U-Wei Hj Shaari) Maka fahamlah kita walau tidak sekuat mana…ini semua
Perang Budaya dan Islam…
Jika anda melihat seekor anak kucing sebagai Comel, mungkin pada masa yang sama
mereka yang tertanam diotaknya semenjak kecil akan mentafsir sebagai seekor
binatang kotor dan sangat menggangu. Lebih-lebih lagi jikalau kaki seluarnya di
gesel manja maka akan timbullah perasaan jijik bercampur. Tidak mustahil juga
akan ada manusia berhati syaitan yang sanggup menjerang air sehingga mendidih
lalu disimbah ke kucing tersebut dengan satu perasaan puas amat sangat. (Ini
juga- benar-benar berlaku dari pengalaman peribadi saya).
Lalu cuba bayangkan betapa merbahayanya jikalau seorang manusia seperti ini
terpilih sebagai pemimpin dikalangan kita. Membesar dengan hati yang tidak
punya belas terhadap binatang lalu berada ditampuk kuasa sudah tentu tiada
jaminan untuk masyarakat berasa selamat. Saya cuma sekadar menafsir dari sudut
‘mata burung’ tanpa berniat untuk menakut-nakutkan sesiapa.
Menunjukkan pemimpin yang baik sudah tentu datang bersama naluri yang baik
seperti mudah merasa belas terhadap binatang contohnya.
Tulisan ini sekadar cuba memperjelaskan seringkas yang boleh betapa sifat zalim
terhadap binatang sudah tentu saling kait mengait antara satu dengan lain.
Perasaan belas sudah tentu datang dari hati yang jernih dan bersih…
www.pureislamic@blogspot.com
(ukp jumaat 5/10/06 4.30pm ramadhan al mubarak)
Friday, October 06, 2006 3:21:05 PM
warrian06 said...
i may be making a mistake. But,isn't it prohibited
for a moslem to touch a dog. Wunder how you raise them sham, without even
touching them. U might think i'm a dreamer. But i aint the only one..
Friday, October 06, 2006 3:33:48 PM
laugh said...
dear ya shaykh..
I just like ur tune.
warrian06.
yes it is true. islam prohibit a moslem to touch a dog. but there is several
condition that Islam allow moslem to touch a dog. Somebody might want to
clarify it to warrian pls stand up.
But in the case of uncle sham rais, I am not sure. maybe he serious may be he
not. may be it is just an example. If he serious, I guess he is simply not a
good moslem. simple as that.
warrian, FYI, uncle hisham rais telah 1000 times admitted that he is a
socialist...
so wattt??? for him, everybody got their choices to practice their own religion
at their favor.
-FIN-
Friday, October 06, 2006 3:56:07 PM
khairul said...
It is not prohibited but you have to clean yourself
after you touch a dog. And cleaning process differ from different mazhab.
Dear shaykh
you will be surprise if you go to pakistan and see the muslim actually have a
dog as a pet.
You have to clean youself after touching the dog, but does it says you can not
touch the dog.
There is a story how a prostitue entered heaven by just giving a dog a drink of
water from her shoe.
Dear laugh,
What is a government? and what is the function of a government?
If the basic needs can not be provided by the government, what is the use of
having a government.
Friday, October 06, 2006 4:08:17 PM
laugh said...
This post has been
removed by the author.
Friday, October 06, 2006 4:32:39 PM
laugh said...
dear khairul
ok. because the question is very short. so my answer pun very short.
the govrtnmt adalah satu badan induk yang memilih badan-badan lain yang berada
di bawahnya to be privatised.
war ur reaction then.
Friday, October 06, 2006 4:34:27 PM
Above_Law said...
MISS LAUGH DEAR, u are cutie ;)
why erase my comment to u in ur blog?
why u so harsh in ur comment here. since u live somewhere in
cyberjaya/putrajaya i am not so sure. please establish our relationship ok?
sayah rasah nak belajar sesuatu dari kamu especially dalam soal dalam politik.
ok?
i am longing for you.
-big brother
TQ
Friday, October 06, 2006 5:56:58 PM
Stephen Bennit said...
menarik sekali cerita Hisham ini, sugguh kagum
dengan sentence "....di tengah kehebatan pop yeah yeah dan The
Beatles,.."
Hisham buat apa di kemunting?? jaga atau tetemu??...
Friday, October 06, 2006 6:27:29 PM
Above_Law said...
This post has been
removed by the author.
Friday, October 06, 2006 6:49:24 PM
Above_Law said...
DEAR beloved MIss LAUGH (wherever you are)
In responding to your comment earlier, I think I should discuss with you about
Malaysian politics so that you could understand what is the 'KIASU' mean.
Kiasu mean something that is very bad to Malaysian politics. and the rest i
will tell you when our relationship is established.
Since you live in cyberjaya/putrajaya (i am not sure). Kindly give me your
emails, contact number, homeaddress in my blog. I really hope that the Kiasu
will not be implemented and I think you are very very very beautiful girl. I
just saw your pictures/photos in your blog. I hope UMNO and PAS will be friend
together. I think both of us are perfect match. I am student majoring in comp.
science 2nd year. I am a university student. And zionist is very bad. they kill
thousands of Arabs in YOm-kippur war.
TQ very much. just click my nickname you'll go to my blog.
regards, ;)
Friday, October 06, 2006 9:03:11 PM
AJIP said...
laugh
komen anda membuat hati saya gembira.
lebih2 lagi jika komen anda dibuat dalam bahasa mamak.
really nice
Saturday, October 07, 2006 12:34:34 AM
laugh said...
Tq. ajip.
Saturday, October 07, 2006 1:17:39 AM
Shaykh Zarul as Sufi said...
Sekadar ingin dikongsi bersama...
Assalamualaikum wrth Dear Laugh,
Persoalan yang diutarakan oleh anda dapatlah saya pecahkan kepada dua :
1. Apakah Gerakan Taleban itu pengikut Ahlul Sunnah wal Jammah?
2. Apakah benar Mazhab Wahabi terpesong dari islam?
Mulanya saya berasa agak keberatan untuk menjawab persoalan yang mungkin
bermain di benak anda kerana dengan rendah hati berpendapat saya bukanlah
orangnya yang dapat menerangkan dengan sejelas-jelasnya isu Aliran Wahabi atau
Mazhab Wahabi.
Namun saya turut berpendapat bahawa sebagai penganut Tuhan yang SATU, tidak
dapat tidak sudah tentu saya tidak boleh lari daripada tanggung jawab tersebut.
Mengikut pembacaan dan percampuran saya dari teman-teman yang pernah belajar
agama di Pakistan, boleh dikatakan hampir semua pejuang Gerakan Taleban adalah
pengikut Ahlul Sunnah. Sudah tentulah pengikut Ahlul Sunnah terpecah kepada
beberapa Mazhab lain. Cuma mereka tetap teguh berpegang kepada Akidah Al Quran
dan Sunnah Rasulullah saw. Tidak seperti pengamal Mazhab Syiah di negara
Republik Islam Iran yang ada sesetengah berakidahkan bahawa Wahyu Allah swt.
Yang dibawa turun oleh Malaikat Jibril sepatutnya sampai kepada Sayidina Ali
Karamallah dan bukan terhadap Muhammad bin Abdullah. Na’uzubillah minzalik.
Mereka beranggap Malaikat Jibri alaihisalam tersilap menurunkan Wahyu Allah swt
kpd Muhammad saw.
Namun ini adalah cerita yang disampaikan oleh teman-teman yang pernah mengaji
dan turut sama terlibat sebentar dengan Syiah. Mereka ini kebanyakkanya
sekarang begitu membenci Syiah. Malah ada yang sanggup mengatakan pemimpin
besar seperti Imam Ayatollah Khomeinei adalah Kafir!...Saya tidak begitu berani
untuk berhujah secara berlebihan kerana takut terjadinya FITNAH BESAR.
Namun begitu saya juga pernah diterangkan tentang isu ini oleh seorang
warganegara British kelahiran Palestine dan bekas pengikut Syiah. Beliau
mengatakan yang kebanyakkan pengikut Syiah di Republik tidak mengiktiraf Al
Quran yang berada ditangan umat islam sekarang ini. Mereka mendakwa mushaf Al
Quran yang tulen berada ditangan Imam-Imam mereka. Tidak percaya Al Quran
membabitkan soal Akidah maka terpulanglah kepada diri anda sendiri untuk
menghakiminya. Wallahualam besawab.
Ini bukan pula bermakna kita dengan sewenangnya boleh mengkafirkan kepada
mereka yang beriman kepada Tuhan Yang Satu dan Hari Pembalasan.
Tentang Isu Aliran Wahabi yang hangat diperkatakan sekarang saya kurang
bersetuju bila ada pihak yang mengatakan pengikut Aliran ini terpesong atau
lari daripada ajaran Islam sebenar. Janganlah pula kita lekas terpengaruh
dengan pihak-pihak orientalis luar yang cuba memecahkan islam dari dalam.
Memang mudah melabelkan sesama islam dengan mengatakan....si polan itu
Wahabi...dia itu Tareqat dan si anu pula Ikhwan (Ikhwan al Muslimin).
Percayakah kita?
Sesungguh daripada ilmu pengetahuan saya yang sedikit ini, pengikut setia
Mazhab Wahabi tiada bezanya dengan pengikut Mazhab-mAzhab lain seperti Mazhab
Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanafi. Mereka ini semua daripada aliran yang satu
yakni Ahlul Sunnah wal Jamaah. Mereka berbeza dalam Soal FURU’ dalam bab FIQH
tetapi tetap berpegang kepada “LA ILA HAILLALAH MUAHAMMADUR RASULLULAH”. Jadi
dimana Rasional nya apabila ada pihak yang mengatakan mereka sesat. Mungkin ada
yang tidak tahu negeri Perlis adalah negeri yang begitu kuat keWahabiannya.
Salahkah mereka? Saya secara personal berpendapat memanglah tidak menjadi satu
kesalahan besar. Asalkan tidak berlebih-lebihan sehinggakan menolak Mazhab
lain.
Pengasas Aliran Wahabi iaitu al Shaykh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri
sebenarnya adalah pemimpin yang terlalu banyak berjasa dalam memperbetulkan
soal akidah umat islam diwaktu zamannya akibat dilanda amalan khurafat dan
berlebih-lebih dalam soal ibadah. Maka pada waktu itu tidak dapat
tidak.....KETEGASAN amat diperlukan. Namun begitu yang menjadi masalahnya ada
pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan menggelarkan Mazhab
Wahabi selepas kematiannya. Sedangkan pada mulanya niat ikhlas al Shaykh Wahabi
adalah menyeru kepada semua pihak agar kemabli mengamalkan kitab suci Al Quran
dan Sunnah Rasullulah saw dengan sebenarnya.
Apapun sekali lagi saya dengan rendah hati mengakui saya bukanlah oarangnya
yang sebenar layak untuk memperkatakan soal Aliran Mazhab Wahabi. Takut-takut
tersilap atau ada yang tersalah faham. Biar tidak faham....Jangan Salah
Faham...kerana kalau sedikit tersalah faham maka habislah kita. Akidah bukanlah
benda yang boleh dibuat main-main.
Secara peribadi saya berpendapat “JANGAN SESEKALI KAMU MENUDUH AKU SESAT...JIKA
KAMU TIDAK TAHU APA ITU SESAT”. Saya sendiri begitu beminat dengan ajaran
Tasawwuf ataupun mungkin juga Tareqat, namun jangan sesekali mendalami tasawwuf
jika tidak mampu kita mengikatnya dengan Akidah yang tulen.
Diharap dengan tulisan yang serba dhaif ini dapatlah pula menambah pengetahuan
anda walaupun tidak seberapa. Insya’allah....yang baik datang dari ALLAh swt
...jika tersilap atau tersalah anggaplah ia datang dari saya sebagai manusia
lemah yang ingin berkongsi ilmu.
Wallahualam....besawab...
www.pureislamic@blogspot.com
(ukp sabtu 7 oktober 2006 3.15am)
Saturday, October 07, 2006 3:21:24 AM
laugh said...
tq. shaykh.
I really appreciate your long comment. some of them i really can't undertand.
but nvrmind.
Thanx again.
Saturday, October 07, 2006 8:04:47 AM
A Voice said...
Hisham Rais and his views ... Inspiring people to
berjuang menentang rasuah dan kezaliman. Membakar rakyat untuk membetulkan
supaya negara aman dan makmur.... kah kah kah ...
Seorang pejuang do run away. I do not listen and read the words of a coward.
Stop listening from a coward.
When the going gets tough, the coward run away!!!! The bigegst disaapointment
of the demo era.
Look around you, Hisham. Look at all you peers. Your peers stick around and
faced it with the body and soul. For better or for worse, they move on and
achieve somethign in their life.
What have you achieve and your life? Who are you to preach? I understood very
well your short film "Dari Jemapoh to Mancestee". Its your aimless
life!!!
Stop this preaching and start preaching your self first!!!
No comments:
Post a Comment