Sunday, September 27, 2015

chimi chan churros



https://youtu.be/oZYGuObKRls

Churros adalah sejenis pastri  seakan-akan rasa donut 

Bahan-bahan ( 2-3 org )

• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

Cara-cara:

1.  Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.

2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.

4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan  (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

7.  Taburkan gula+cinnamon  atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!


Mudah saja kan !! Selamat Mencuba.

first time tengok ni masa camping perdana sekolah ritu.


0 comments: